Taktik simpan arak dalam kedai, gudang zon bebas cukai terbongkar

Mohamad Azhar (tengah) bersama pegawainya menunjukkan antara jenis rokok dan minuman keras yang dirampas JKDM Selangor.
Mohamad Azhar (tengah) bersama pegawainya menunjukkan antara jenis rokok dan minuman keras yang dirampas JKDM Selangor.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Minuman keras tidak bercukai bernilai lebih RM800,000 yang disimpan di sebalik kedai bebas cukai (KBC) serta gudang zon bebas di sini konon bagi elak dikesan bagaimanapun dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) baru-baru ini.

Serbuan dijalankan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Selangor antara 14 Oktober hingga 4 November lalu.

Pengarah Kastam Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi berkata, operasi itu berjaya merampas keseluruhan 4,887.51 liter minuman keras pelbagai jenis.

"Serbuan di KBC didapati lesen premis telah tamat tempoh sebelum rampasan 1,573.40 liter minuman keras dirampas.

"Selain itu, serbuan di gudang zon bebas Pelabuhan Utara menemui 16 buah palet kotak kayu mengandungi 2,562 liter minuman keras yang tidak mempunyai permit import di mana dagangan itu telah diisytiharkan sebagai perasa salad dan bangku," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Kastam Selangor di sini pada Isnin.

Tambahnya, serbuan ketiga di sebuah premis runcit di Shah Alam, Selangor turut merampas 752.11 liter minuman keras.

Jelasnya, kesemua nilai rampasan minuman keras berjumlah RM807,646 dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (a) dan (d) Akta Kastam 1967.

Dalam kes berlainan, JKDM Selangor merampas 28.81 juta batang rokok bernilai RM23.5 juta termasuk cukai dan duti.

"Rampasan melibatkan pemeriksaan ke atas tiga buah kontena di Zon Bebas Pelabuhan Barat pada 29 Oktober hingga 4 November lalu.

Artikel Berkaitan:

"Kontena pertama mendapati rokok putih itu diikrarkan sebagai pakaian, manakala kontena kedua dan ketiga berstatus 'transhipment' selain menggunakan konsaini tidak benar," ujarnya.

 

 

 

Ringkasan AI

  • Minuman keras tidak bercukai bernilai lebih RM800,000 disimpan di sebalik kedai bebas cukai dan gudang zon bebas Pelabuhan Klang dibongkar oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  • Serbuan oleh JKDM Selangor dari 14 Oktober hingga 4 November merampas 4,887.51 liter minuman keras
  • Di KBC, lesen premis telah tamat tempoh sebelum 1,573.40 liter minuman keras dirampas
  • Serbuan di gudang zon bebas menemui 2,562 liter minuman keras yang tidak mempunyai permit import diisytiharkan sebagai perasa salad dan bangku
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (a) dan (d) Akta Kastam 1967, dengan nilai rampasan minuman keras berjumlah RM807,646

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!