14 maut dalam banjir kilat di Maghribi

RABAT, (Maghribi) - Hujan lebat dan banjir kilat mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang dan mencederakan 32 yang lain di Wilayah Safi, sebuah wilayah pantai Atlantik di Maghribi, kata pihak berkuasa tempatan dalam satu kenyataan pada Ahad, lapor Xinhua.
Banjir itu dicetuskan oleh ribut petir kuat yang melanda wilayah terbabit dalam tempoh kira-kira satu jam, mengakibatkan puluhan rumah dan premis perniagaan dinaiki air, menurut kenyataan itu.
Menurut satu laporan terdahulu oleh agensi berita negara MAP, kira-kira 70 rumah dan premis perniagaan di bandar Safi dinaiki air, manakala 10 kenderaan hanyut dibawa arus deras. Banjir itu juga merosakkan jalan raya, mengakibatkan gangguan trafik yang meluas, lapor MAP.
Pihak berkuasa berkata, usaha sedang diteruskan untuk mencari orang yang dilaporkan hilang serta memulihkan akses jalan dan perkhidmatan awam di seluruh wilayah berkenaan. - Bernama/Xinhua
Ringkasan AI
- Hujan lebat dan banjir kilat di Wilayah Safi, Maghribi mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang dan mencederakan 32 yang lain
- Banjir dicetuskan oleh ribut petir kuat yang melanda selama kira-kira satu jam
- Puluhan rumah dan premis perniagaan dinaiki air
- Kira-kira 70 rumah dan premis perniagaan di bandar Safi dinaiki air, 10 kenderaan hanyut
- Usaha sedang diteruskan untuk mencari orang hilang dan memulihkan akses jalan serta perkhidmatan awam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
