Aktiviti seismik ancaman senyap

Kawasan yang sebelum ini bebas gempa kini berdepan ancaman aktiviti seismik.
Kawasan yang sebelum ini bebas gempa kini berdepan ancaman aktiviti seismik.
A
A
A

GREECE

Greece
Greece

Pulau Santorini dan kawasan sekitarnya kini mengalami peningkatan ketara aktiviti seismik akibat pergerakan magma di bawah kerak bumi serta tekanan plat Eurasia. Fenomena itu menyebabkan ribuan gegaran direkodkan sejak awal 2025, menandakan fasa ketidakstabilan baharu di wilayah Mediterranean. Sumber: GFZ Helmholtz Centre for Geosciences, 2025.

MALAYSIA 

Malaysia
Malaysia

Gegaran lemah di Segamat, Johor pada Ogos 2025 membuktikan sesar purba yang dianggap tidak aktif mula menunjukkan tanda pengaktifan semula. Ia menandakan Malaysia mungkin memasuki era baharu risiko aktiviti vulkanik tempatan walaupun pada intensiti rendah. Sumber: NADMA & Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), 2025.

KANADA 

Artikel Berkaitan:

Kanada
Kanada

Wilayah timur dan barat Kanada, termasuk Quebec dan British Columbia merekodkan peningkatan tekanan plat serta beberapa gempa berskala kecil hingga sederhana. Kawasan sebelum ini yang jarang berisiko mula menunjukkan pola aktiviti seismik baharu. Sumber: Global News Canada, 2025.

UNITED KINGDOM 

United Kingdom
United Kingdom

Sesar purba di selatan England dan beberapa bahagian Scotland menunjukkan tanda reaktivasi. Kajian BGS mendapati peningkatan gempa kecil serta aktiviti tektonik mikro yang tidak pernah direkodkan pada skala tidak berlaku sebelum ini. Sumber: British Geological Survey (BGS), 2025.

NORWAY 

Norway
Norway

Beberapa kawasan di bahagian Fjord serta Semenanjung Utara menunjukkan peningkatan microseismicity akibat tekanan glasial sisa iaitu proses geologi yang berlaku selepas ais purba tebal mencair dan mengubah tekanan kerak bumi. Sumber: Geological Survey of Norway (NGU), 2025.

SWEDEN

Sweden
Sweden

Wilayah tengah dan barat Sweden mencatat peningkatan tekanan pada sesar purba yang sebelum ini dianggap stabil. Rekod terbaharu menunjukkan lebih banyak gegaran kecil berlaku, menandakan potensi ancaman gempa tempatan.

NEW ZEALAND (Kawasan Utara)

New Zealand
New Zealand

Walaupun New Zealand memang negara seismik, beberapa kawasan utara yang selama ini stabil kini menunjukkan lonjakan tekanan akibat interaksi plat mikro. Perubahan ini menandakan risiko baharu di zon yang bukan jadi ancaman gempa besar. Sumber: GNS Science New Zealand, 2025.

 

Ringkasan AI

  • Pulau Santorini mengalami peningkatan aktiviti seismik disebabkan pergerakan magma dan tekanan plat Eurasia
  • Gegaran lemah di Segamat, Johor menunjukkan pengaktifan semula sesar purba menandakan potensi aktiviti vulkanik di Malaysia
  • Kanada mencatat peningkatan tekanan plat dan beberapa gempa berskala kecil hingga sederhana di wilayah timur dan barat
  • Sesar purba di selatan England dan Scotland kembali aktif dengan peningkatan gempa kecil dan aktiviti tektonik mikro
  • New Zealand menunjukkan lonjakan tekanan akibat interaksi plat mikro di beberapa kawasan utara, menandakan risiko gempa baru

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!