UEC bukan syarat masuk universiti ternama China - Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM- Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bukan syarat kemasukan bagi universiti-universiti ternama di China seperti Universiti Tsinghua, Universiti Peking dan Universiti Shanghai Jiao Tong.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu hasil daripada perundingan yang dilakukan bersama institusi pengajian tinggi terkemuka di negara berkenaan.

"Dalam perundingan saya dengan universiti-universiti ternama negara China seperti Tsinghua, Peking, Shanghai Jiao Tong University, sijil UEC bukan syarat kemasukan.

"MARA mula hantar pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Beliau berkata, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) turut memperkenalkan penguasaan bahasa ketiga yang perlu dikuasai oleh pelajar sama ada bahasa Arab, Mandarin, Perancis, Jerman, Jepun dan Korea.

"Pelajar-pelajar MRSM yang cemerlang SPM dan dapat menguasai salah satu daripada bahasa ini akan diberikan keutamaan untuk ditaja ke universiti-universiti terkemuka dunia di negara-negara tersebut.

"Matlamatnya untuk melahirkan generasi teknokrat, profesional yang menguasai bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa ketiga samaada Mandarin, Arab, Jepun, Korea, Jerman, Perancis atau Sepanyol.

"Insya-ALLAH pemindahan teknologi dan kepakaran termasuk juga mewujudkan jaringan ekonomi dan perniagaan antarabangsa dengan negara-negara maju ini dapat dilakukan dengan lebih berkesan pada masa akan datang apabila generasi akan datang menguasai lebih banyak bahasa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • SHAH ALAM- UEC bukan syarat kemasukan ke universiti ternama di China seperti Universiti Tsinghua, Universiti Peking dan Universiti Shanghai Jiao Tong
  • Perundingan dilakukan oleh MARA dengan institusi pengajian tinggi ternama di China menunjukkan UEC tidak diperlukan
  • MARA mengutamakan pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang untuk dihantar belajar di luar negara
  • MRSM memperkenalkan penguasaan bahasa ketiga untuk pelajar yang boleh jadi Arab, Mandarin, Perancis, Jerman, Jepun dan Korea
  • Matlamatnya adalah untuk melahirkan generasi teknokrat dan profesional yang menguasai bahasa Melayu, Inggeris dan satu lagi bahasa asing

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!