UEC: Jangan terkeluar daripada kandungan Perlembangan - KP J-KOM

Ismail berucap pada Majlis Peluncuran dan Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Jabatan Komunikasi Komuniti J-KOM di Surau Aziziah Kampung Sungai Mati, Matang, pada Sabtu. Foto Bernama
Ismail berucap pada Majlis Peluncuran dan Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Jabatan Komunikasi Komuniti J-KOM di Surau Aziziah Kampung Sungai Mati, Matang, pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

TAIPING - Sebarang cadangan yang hendak dilaksanakan berkaitan pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlu dipastikan tidak terkeluar daripada kandungan Perlembagaan, kata Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop.

Pada masa sama, katanya pihak yang mengemukakan cadangan itu juga perlu memahami sejarah kenegaraan sehingga terbentuknya Perlembagaan negara ini.

"Apa juga perkara yang hendak dilakukan, jangan terkeluar daripada apa yang terkandung dalam Perlembagaan sebab Perlembagaan itulah yang mengikat kita sebagai satu kesatuan bangsa,” katanya sebagai mengulas tentang desakan supaya kerajaan mengiktiraf UEC.

Beliau yang ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran dan Penyerahan Kampung Angkat MADANI J-KOM di Surau Aziziah, Kampung Sungai Mati, di sini, pada Sabtu berkata, semua perkara yang terkandung dalam Perlembagaan haruslah dihormati.

Hal itu termasuk kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan.

"​Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, agama lain boleh diamalkan? Boleh. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan, bahasa lain boleh belajar tak? Belajarlah. Jadi, apa-apa pun nak bercakap... bagi saya jangan terkeluar daripada jalur itu,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebarang tuntutan menjurus kepada sensitiviti agama, bangsa dan kaum perlu mengambil kira kedudukan bahasa kebangsaan dalam perlembagaan negara, dengan prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan bahasa Melayu akan terus didukung dan dipertahankan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Cadangan pengiktirafan UEC perlu selaras dengan Perlembagaan Malaysia
  • Pemahaman sejarah kenegaraan penting sebelum mengemukakan cadangan
  • Perlembagaan mengikat kesatuan bangsa Malaysia
  • Kedudukan agama Islam dan Bahasa Melayu perlu dihormati sebagai elemen Perlembagaan
  • Prinsip Perlembagaan tentang bahasa Melayu akan dipertahankan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!