NOIR buka kedai fizikal pertama, sasar 2 juta pengguna baharu

Pengasas NOIR, Eriyca Baiduri Abd Rashid atau lebih dikenali sebagai Madammu (tengah) merasmikan Flagship Store pertama NOIR terletak di Pavilion Bukit Jalil pada Sabtu.
Pengasas NOIR, Eriyca Baiduri Abd Rashid atau lebih dikenali sebagai Madammu (tengah) merasmikan Flagship Store pertama NOIR terletak di Pavilion Bukit Jalil pada Sabtu.
A
A
A

JENAMA kecantikan tempatan, NOIR melakar sejarah dengan pembukaan kedai fizikal pertamanya di Pavilion Bukit Jalil di sini pada Sabtu.

Ia sekali gus menandakan peralihan strategik syarikat daripada operasi sepenuhnya dalam talian kepada pengalaman pembelian secara fizikal.

Pengasas NOIR, Eriyca Baiduri Abd Rashid atau lebih dikenali sebagai Madammu berkata, pembukaan flagship store tersebut merupakan langkah penting dalam perkembangan jenama yang telah beroperasi selama hampir sedekad secara digital.

Menurutnya, dengan perkembangan tersebut, pihaknya menyasarkan dua juta pengguna baharu dalam tempoh setahun, selari dengan strategi memperkukuh kehadiran jenama di pasaran fizikal.

"Alhamdulillah, ini adalah satu fasa baharu buat NOIR. Selama ini kami hanya bertapak secara dalam talian dan pembukaan kedai fizikal pertama ini benar-benar merealisasikan impian kami untuk mendekatkan jenama dengan pelanggan.

Jenama kecantikan tempatan, NOIR melakar sejarah dengan pembukaan kedai fizikal pertamanya di Pavilion Bukit Jalil, sekali gus menandakan peralihan strategik syarikat daripada operasi sepenuhnya dalam talian kepada pengalaman pembelian secara fizikal.
Jenama kecantikan tempatan, NOIR melakar sejarah dengan pembukaan kedai fizikal pertamanya di Pavilion Bukit Jalil, sekali gus menandakan peralihan strategik syarikat daripada operasi sepenuhnya dalam talian kepada pengalaman pembelian secara fizikal.

"Insya-ALLAH, kami dalam perancangan untuk membuka outlet di beberapa pusat beli-belah besar lain. Setiap outlet disasarkan untuk menarik kira-kira 500,000 pengguna baharu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pembukaan Flagship Store NOIR di Pavilion Bukit Jalil.

Menurut Madammu, pelanggan berpeluang mencuba sendiri produk yang ditawarkan Flagship Store NOIR, sekali gus memberi pengalaman membeli yang lebih menyeluruh dan diyakini.

Artikel Berkaitan:

"Di flagship store ini, pelanggan boleh datang bila-bila masa untuk melihat, mencuba produk, membuat analisis kulit dan berinteraksi secara langsung dengan pasukan kami.

"Ini adalah pengalaman yang tidak dapat diperoleh sepenuhnya melalui platform dalam talian,” jelasnya.

Tambah beliau, pemilihan Pavilion Bukit Jalil sebagai lokasi pertama mengambil kira potensi kawasan tersebut sebagai pasaran yang sedang berkembang dan mempunyai kehadiran pelanggan pelbagai latar belakang, khususnya pengguna tempatan.

Ujarnya, pembukaan Flagship Store NOIR itu bukan sahaja memperkukuh jenama di pasaran tempatan, malah sebagai strategi pemasaran jangka panjang bagi mendekati pengguna secara lebih dekat dan berimpak.

"Pasaran di sini semakin meningkat dan sesuai dengan kedudukan NOIR yang bukan terlalu high-end tetapi mampu menarik pasaran yang lebih luas,” ujarnya.

Selain peluasan operasi jualan secara fizikal, Madammu berkata, NOIR juga terus memberi penekanan kepada inovasi produk, termasuk memperkenalkan formulasi dan pembungkusan baharu bagi rangkaian penjagaan kulit sebagai persediaan menghadapi pasaran masa hadapan.

"Dalam perniagaan, inovasi dan keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan trend adalah kunci utama. Walaupun cabaran sentiasa ada, kami percaya NOIR perlu terus bergerak seiring dengan perubahan zaman untuk kekal relevan,” katanya.

Ringkasan AI

  • Jenama kecantikan tempatan NOIR membuka kedai fizikal pertama di Pavilion Bukit Jalil
  • NOIR bercadang membuka lebih outlet dan menarik dua juta pengguna baharu dalam setahun
  • Pembukaan fizikal itu membolehkan pelanggan mencuba produk dan mendapatkan pengalaman membeli yang lebih diyakini
  • Lokasi Pavilion Bukit Jalil dipilih kerana potensi pasaran yang sedang berkembang dan pelanggan yang pelbagai
  • NOIR juga memberi penekanan kepada inovasi produk untuk bersaing dalam pasaran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!