Trump ikrar balas serangan selepas tiga warga AS terbunuh dalam serangan Daesh di Syria

Donald Trump. Foto AFP
Donald Trump. Foto AFP
A
A
A

DAMSYIK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berikrar akan melancarkan tindakan balas yang 'amat serius' terhadap kumpulan Daesh susulan serangan maut di Syria tengah yang mengorbankan tiga warganegara AS.

Menurut laporan, serangan hendap yang berlaku berhampiran Palmyra di wilayah Homs itu mengorbankan dua anggota tentera AS dan seorang jurubahasa awam.

Tiga lagi anggota tentera AS serta sekurang-kurangnya dua askar Syria turut cedera dalam kejadian tersebut.

Dalam kenyataan di media sosial, Trump menyifatkan serangan itu sebagai satu tindakan keganasan terhadap kedua-dua AS dan Syria.

Beliau turut memaklumkan bahawa anggota tentera yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan lanjut.

“Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa, sangat marah dan terganggu dengan serangan ini. Akan ada tindakan balas yang sangat serius,” kata Trump dalam kenyataan tersebut.

Serangan ini merupakan insiden pertama seumpamanya sejak penggulingan Presiden Bashar al-Assad setahun lalu.

Ia berlaku ketika pasukan tentera AS menjalankan misi pertemuan dengan pemimpin tempatan di kawasan yang masih belum sepenuhnya dikawal oleh pasukan gabungan.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Daesh berhubung serangan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Namun, pihak tentera AS dan kerajaan Syria sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dalang sebenar dan memastikan keselamatan pasukan mereka di rantau itu. - Awani

Ringkasan AI

  • Presiden AS, Donald Trump berikrar akan melancarkan tindakan balas serius terhadap Daesh susulan serangan di Syria yang mengorbankan tiga warganegara AS
  • Serangan hendap berhampiran Palmyra di wilayah Homs itu mengorbankan dua anggota tentera AS dan seorang jurubahasa awam
  • Tiga anggota tentera AS dan sekurang-kurangnya dua askar Syria cedera dalam kejadian tersebut
  • Trump menyifatkan serangan itu sebagai tindakan keganasan terhadap AS dan Syria, menyatakan anggota tentera cedera kini dalam keadaan stabil
  • Serangan ini merupakan insiden pertama sejak penggulingan Presiden Bashar al-Assad, berlaku semasa tentera AS berjumpa pemimpin tempatan di kawasan belum dikawal sepenuhnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!