PRK DUN Lamag: GRS serah kepada KM Sabah untuk bincang - Armizan

TAWAU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk membuat keputusan berhubung calon yang akan diketengahkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.
Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, setakat ini beliau belum menerima sebarang maklumat berkaitan perkembangan bagi kawasan berkenaan.
"Kita serahkan kepada Ketua Menteri untuk dibincangkan di peringkat GRS dan saya belum ada maklumat apa-apa lagi berkaitan perkara ini,” katanya ringkas kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kekosongan kerusi DUN Lamag serta sama ada GRS akan bertanding dalam PRK berkenaan.
Kerusi DUN Lamag diisytiharkan kosong susulan pemergian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru pada 5 Disember lalu.
Pemergian Allahyarham turut menyebabkan kekosongan luar jangka di kerusi Parlimen Kinabatangan yang disandangnya.
Ringkasan AI
- Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk keputusan calon PRK DUN Lamag
- Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali, belum menerima maklumat berkaitan perkembangan kawasan tersebut
- Keputusan akan dibincangkan di peringkat GRS dipimpin oleh Ketua Menteri
- Kerusi DUN Lamag kosong akibat kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, karena komplikasi buah pinggang dan paru-paru
- Kematian Datuk Seri Bung Moktar Radin juga menyebabkan kekosongan kerusi Parlimen Kinabatangan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
