Thailand tegas teruskan serangan ketenteraan terhadap Kemboja

Konvoi kereta perisai tentera Thailand menuju ke sempadan konflik antara negara itu dengn Kemboja.
Konvoi kereta perisai tentera Thailand menuju ke sempadan konflik antara negara itu dengn Kemboja.
A
A
A

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, berikrar pada Sabtu untuk meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Kemboja, meskipun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum ini mendakwa telah mendapatkan persetujuan gencatan senjata antara kedua-dua negara.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Anutin turut menegaskan bahawa letupan periuk api yang meragut nyawa beberapa anggota tentera Thailand bukan satu kemalangan.

Sejak Isnin, kedua-dua negara saling melepaskan roket dan meriam di beberapa lokasi sepanjang sempadan yang dipertikaikan sejauh 817 kilometer, sekali gus menjadi konflik paling sengit sejak pertembungan lima hari pada Julai lalu yang dihentikan selepas Trump menghubungi kedua-dua pemimpin.

Anutin Charnvirakul berikrar pada Sabtu untuk meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Kemboja. - Gambar/ Reuters
Anutin Charnvirakul berikrar pada Sabtu untuk meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Kemboja. - Gambar/ Reuters

Trump sebelum ini berusaha menghidupkan semula gencatan senjata yang diperluas pada Oktober, ketika beliau bertemu Perdana Menteri Thailand dan Kemboja di Malaysia.

Ketika itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk menarik balik tentera dan senjata berat serta membebaskan 18 tahanan perang Kemboja.

Namun, Thailand menggantung perjanjian itu bulan lalu selepas seorang tenteranya parah dalam insiden yang didakwa Bangkok sebagai jerangkap baharu dipasang oleh Kemboja.

Phnom Penh bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. - Awani 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Anutin berikrar untuk meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Kemboja
  • Anutin menegaskan bahawa letupan yang membunuh anggota tentera Thailand bukan kemalangan
  • Konflik di sempadan 817 kilometer menjadi paling sengit sejak pertembungan pada Julai
  • Trump berusaha menghidupkan semula gencatan senjata pada Oktober
  • Thailand menggantung perjanjian gencatan senjata selepas insiden tentera parah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!