X

Kindly register in order to view this article
!

Bomba bersihkan dua pasar raya bendung penularan Covid-19

Pihak bomba melakukan kerja-kerja pembersihan nyah cemar Pasaraya Econsave, Taman Bintang Ria, Simpang Renggam, Kluang, Johor, malam tadi bagi membendung penularan Covid-19 di tempat tumpuan awam.
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menjalankan kerja-kerja pembersihan nyah cemar Pasaraya Econsave, Taman Bintang Ria, Simpang Renggam, Kluang dan Pasaraya Target, Ulu Benut, Pontian bermula malam tadi hingga awal pagi ini.

Operasi yang bermula jam 10 malam itu melibatkan 13 pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dan BBP Rengit dengan dibantu tujuh pegawai Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Johor.

Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah lori, sebuah Unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS), sebuah jentera Rapid Rescue Vehicle (RRV), empat utiliti Hilux dan sebuah utiliti urvan digunakan tujuan logistik dan operasi.

Kerja-kerja pembasmian kuman itu untuk memastikan tahap kebersihan kedua-dua pasar raya tersebut berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang kini berada pada tahap membimbangkan selain memastikannya dalam keadaan bersih dan selamat untuk dikunjungi.

Komander Operasinya, Pegawai Kanan Bomba II, Ahmad Murad Sa'at, proses nyah cemar tersebut dijalankan dengan menggunakan kaedah semburan kabus yang mengandungi bahan pencuci dan air.

"Peralatan yang digunakan adalah dengan menggunakan peralatan kebombaan seperti pam dan portable pressure sprayer.

"Operasi ditamatkan pada jam lebih kurang 3 pagi ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!