Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh negara hingga 5 petang - MetMalaysia

Kawasan lain yang dijangka terkesan dengan maran tersebut ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
Kawasan lain yang dijangka terkesan dengan maran tersebut ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat disertai angin kencang yang dijangka berlaku di semua negeri hingga 5 petang ini.

Jabatan itu dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, keadaan cuaca berkenaan diramal melanda seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan.

Keadaan sama juga diramal berlaku di Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Selain itu, cuaca sama turut dialami Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).

Amaran itu turut dikeluarkan untuk Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

"Di Sarawak melibatkan kawasan Kapit (Kapit), Bintulu dan Miri (Subis) manakala di Sabah pula di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” menurut kenyataan itu. - Bernama 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Amaran ribut petir dan hujan lebat disertai angin kencang di semua negeri hingga 5 petang
  • Melibatkan semua negeri di Malaysia termasuk Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan
  • Termasuk juga di beberapa bahagian Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang
  • Selangor dan Johor turut terkena amaran cuaca ini
  • Sarawak dan Sabah turut dilibatkan dengan beberapa kawasan khusus dinyatakan dalam amaran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!