Ribut petir, hujan lebat landa 7 negeri, KL, Putrajaya

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya sehingga 4 petang ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), serta Selangor membabitkan kawasan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Turut terlibat Sarawak membabitkan Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong) serta Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu). - Bernama
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
- Cuaca buruk dijangka melanda seluruh negeri Perlis, bahagian-bahagian di Kedah, Perak serta Selangor
- Amaran sama dikeluarkan untuk beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Johor
- Sarawak juga terjejas khususnya di Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah
- Amaran berkuat kuasa sehingga 4 petang hari yang sama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
