Lebih 100 cawangan MIXUE terima sijil halal

Lebih 100 cawangan MIXUE Malaysia menerima pensijilan halal.
Lebih 100 cawangan MIXUE Malaysia menerima pensijilan halal.
A
A
A

MIXUE Malaysia meraikan satu pencapaian penting apabila memperoleh sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di lebih 100 cawangan baharunya tahun ini.

Pensijilan itu menandakan perkembangan penting dalam operasi tempatan MIXUE bagi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap keselamatan dan produk jaminan halal.

Pengurus Besar MIXUE Malaysia, Wang Wei Long berkata, cawangan MIXUE terus berkembang pesat menjadikannya salah satu rangkaian minuman teh dan aiskrim terbesar serta paling meluas di Asia Tenggara.

“Pensijilan halal di peringkat cawangan mencerminkan komitmen kami terhadap kawalan kualiti ketat di seluruh rantaian bekalan.

“Daripada pembelian bahan mentah hingga prosedur operasi cawangan, kami mematuhi semua keperluan Jakim dan membangunkan Sistem Jaminan Halal MIXUE.

“Setiap cawangan wajib mengikuti prosedur ini bagi memastikan kualiti konsisten, pengurusan telus dan pematuhan undang-undang,” katanya ketika Majlis Penganugerahan Sijil Halal kepada MIXUE Malaysia di sini pada Rabu.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Muhyiddin Aziz, dan Pengarah Bahagian Pelaburan dan Penjanaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Ummu Hani Husna Abdul Aziz.

Muhyiddin (tengah) dan Wei Long (dua dari kanan) bergambar ketika Majlis Penganugerahan Sijil Halal kepada MIXUE Malaysia.
Muhyiddin (tengah) dan Wei Long (dua dari kanan) bergambar ketika Majlis Penganugerahan Sijil Halal kepada MIXUE Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Sejak memasuki pasaran pada 2022, MIXUE sentiasa komited memastikan setiap strategi perniagaan mengambil kira asas kepentingan budaya sesebuah negara.

Pengiktirafan halal Jakim membawa kepentingan strategik dan membuktikan komitmen jenama tersebut untuk terus memperkukuh kedudukannya dalam industri makanan dan minuman (F&B) tempatan.

Menerusi majlis itu juga, Jakim menyerahkan simbolik sijil halal secara rasmi kepada pengurusan MIXUE Malaysia yang memenuhi semua syarat pensijilan.

Mengulas lanjut, Wei Long berkata, MIXUE Malaysia juga diberi kesempatan menjadi sebahagian acara ‘International Sahih Muslim Hadith 2025’.

"Pada edisi tahun ini, lebih 3,000 minuman dan 2,000 aiskrim diagihkan kepada peserta, diikuti pemberian 10,000 baucar percuma sempena majlis penutup.

“Selain itu, pada 29 hingga 30 November lalu, MIXUE Malaysia turun padang ke lokasi terjejas banjir di Perlis dan Perak," katanya.

Ketua Projek Halal MIXUE, Guo Xuying berkata, bimbingan profesional Jakim sepanjang proses pensijilan membantu pihaknya menambah baik Sistem Jaminan Halal MIXUE.

Katanya, untuk tahun ini sahaja, pasukan Halal MIXUE membantu lebih 100 daripada 700 cawangan mendapatkan pensijilan halal.

#mixuemalaysia #mixuehalal

 

Ringkasan AI

  • MIXUE Malaysia memperoleh sijil halal Jakim di lebih 100 cawangan baharunya tahun ini
  • Pensijilan halal menandakan peningkatan keyakinan pengguna terhadap keselamatan dan jaminan halal produk MIXUE
  • MIXUE merupakan salah satu rangkaian minuman teh dan aiskrim terbesar dan paling meluas di Asia Tenggara
  • MIXUE mematuhi keperluan Jakim dan membangunkan Sistem Jaminan Halal sendiri untuk memastikan kualiti dan pematuhan undang-undang
  • MIXUE terlibat dalam acara International Sahih Muslim Hadith 2025 dan melakukan aktiviti amal di lokasi terjejas banjir

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!