Bengkel jadi 'kilang' tenaga mahir

Nurul Nazeley (tengah) menunjukkan asas penyelenggaran kepada peserta.
Nurul Nazeley (tengah) menunjukkan asas penyelenggaran kepada peserta.
A
A
A

SHAH ALAM - Bengkel motosikal selalunya sinonim sebagai tempat membaiki enjin rosak, menukar tayar atau menyelesaikan pelbagai masalah kenderaan itu yang dialami penunggang setiap hari.

Bagaimanapun, seorang pemilik bengkel di Alam Avenue Seksyen 16, Shah Alam membuktikan bahawa bengkel bukan sekadar lokasi untuk membaiki motosikal, tetapi menjadi tumpuan anak muda mendalami ilmu asas motosikal lebih teratur dan selamat.

Pemilik Botak Machine, Nurul Nazeley Sulaiman berkata, dia menerima undangan daripada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai sesi pembelajaran di bengkelnya sejak empat tahun lepas.

Nurul Nazeley
Nurul Nazeley

“Sekarang sudah masuk tahun keempat. Tiap-tiap tahun ada sahaja undangan daripada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk jalankan program mereka.

“Pada tahun-tahun sebelumnya, program memberi tumpuan kepada bahagian keselamatan memandangkan terdapat banyak mesin-mesin di bengkel saya dan ramai pelajar berminat nak belajar bahagian keselamatan," katanya.

Nurul Nazeley atau dikenali sebagai Botak berkata, permintaan daripada pelajar dan sambutan diterima peserta menunjukkan minat anak muda terhadap ilmu asas motosikal semakin meningkat.

“Untuk Disember, saya telah menerima permintaan daripada dua pasukan untuk berkongsi ilmu berkaitan asas penyelenggaraan motosikal dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

Nurul Nazeley berkongsi ilmu kepada peserta ketika program Bengkel Keselamatan dan Penyelenggaran Motosikal.
Nurul Nazeley berkongsi ilmu kepada peserta ketika program Bengkel Keselamatan dan Penyelenggaran Motosikal.

“Diikutkan ada lagi pasukan lain minta sesi sama, cuma belum dapat sahkan lagi hari apa dan sesi itu sedia ada dan berjalan demi memberi pendedahan kepada pengguna,” kata Nurul Nazeley.

Tambahnya, inisiatif itu bukan sahaja memberi manfaat kepada peserta, malah menjadi ruang untuk mereka belajar perkara yang sebelum ini tidak diberi perhatian seperti penjagaan asas komponen motosikal dan tindakan selamat semasa mengendalikan motor.

Kata beliau, program yang dijalankan secara berterusan itu juga dilihat berupaya memberi pendedahan awal kepada golongan muda tentang tanggungjawab menjaga motosikal masing-masing selain membantu membentuk sikap lebih peka terhadap keselamatan.

Pengarah Program Engineering On Wheels, Muhammad Aiman Muhammad berkata, seramai 20 peserta termasuklah penduduk Padang Jawa, pelajar UiTM Shah Alam dan penunggang p-hailing terlibat dalam program selama dua hari bermula Isnin.

Muhammad Aiman (kanan) dan rakan ketika program Engineering On Wheels.
Muhammad Aiman (kanan) dan rakan ketika program Engineering On Wheels.

Menurutnya, peserta didedahkan dengan pelbagai info pada sesi hari pertama berlangsung di bengkel Botak Machine, diikuti sesi seterusnya melalui Google Meet pada hari kedua.

“Kami harap program santai itu memberi pendedahan asas kepada masyarakat mengenai asas penyelenggaraan motosikal dan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya ketika menunggang motosikal,” ujarnya.

Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal itu menambah, program tersebut bermanfaat kerana ia menggalakkan orang awam untuk melakukan pemeriksaan dan servis motosikal secara berkala dan betul.

Sementara itu, Pengurus Teknikal program Bengkel Keselamatan dan Penyelenggaraan Motosikal, Muhammad Akmal Aziz memberitahu, pihaknya pula mengadakan program terbabit di Surau Al-Mawaddah, Seksyen 7 pada Sabtu lepas.

Nurul Nazeley (empat kiri) bersama peserta program Bengkel Keselamatan dan Penyelenggaran Motosikal.
Nurul Nazeley (empat kiri) bersama peserta program Bengkel Keselamatan dan Penyelenggaran Motosikal.

“Ada taklimat keselamatan jalan raya daripada pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), ada sesi demonstrasi penyelenggaraan motosikal, sesi servis motosikal dan juga agihan minyak hitam,” kongsinya.

Menurutnya yang juga pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di universiti sama, mereka juga berharap dapat meningkatkan kesedaran keselamatan kepada masyarakat.

Muhammad Akmal berkata, memandangkan ada dalam kalangan komuniti dan pelajar yang dikhuatiri masih mengambil mudah aspek pemakaian helmet serta penjagaan asas motor.

“Dengan adanya program seumpama ini, pelajar mendapat pendedahan sewajarnya tentang perkara-perkara asas dalam penjagaan motosikal,” kongsinya.

Ringkasan AI

  • Bengkel motosikal di Alam Avenue Seksyen 16, Shah Alam menjadi tempat pembelajaran asas motosikal untuk anak muda
  • Pemilik Botak Machine, Nurul Nazeley Sulaiman telah menerima undangan daripada pelajar-pelajar yang berminat belajar tentang motosikal selama empat tahun
  • Program pembelajaran di bengkel Botak Machine menarik minat pelajar dan meningkatkan kesedaran tentang keselamatan motosikal
  • Engineering On Wheels melibatkan 20 peserta termasuk penduduk lokal, pelajar UiTM dan penunggang p-hailing dalam program dua hari
  • Program Bengkel Keselamatan dan Penyelenggaraan Motosikal diadakan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan serta pemeliharaan motosikal yang betul dalam kalangan masyarakat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!