Jenazah wanita dibunuh suami selamat dikebumikan

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Suka Menanti di Alor Setar pada petang Jumaat.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Suka Menanti di Alor Setar pada petang Jumaat.
A
A
A

ALOR SETAR – Jenazah wanita yang dipercayai dibunuh suaminya di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna, Seberang Jaya, Pulau Pinang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Suka Menanti di sini pada petang Jumaat.

Mangsa, Wan Khairul Safinah Ishak, 44, dikebumikan pada jam 5.30 petang disaksikan kira-kira 100 ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan terdekat yang hadir memberi penghormatan terakhir.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah tiba di Masjid Lutfi Suka Menanti pada jam 1.30 tengah hari selepas dibawa keluar dari Hospital Seberang Jaya (HSJ) sejurus selesai proses bedah siasat.

Suasana pilu jelas terasa apabila lima anak Allahyarhamah berusia antara 15 hingga 26 tahun berdiri di sisi liang lahad, masing-masing kelihatan sugul mengenang pemergian ibu mereka dalam keadaan tragis.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Suka Menanti di Alor Setar pada petang Jumaat.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Suka Menanti di Alor Setar pada petang Jumaat.

Wan Khairul Safinah sebelum ini ditemui mati dengan kesan kelar pada leher di rumahnya di Flat Jalan Tuna, selepas suaminya dipercayai menyimpan mayat wanita itu selama empat hari sebelum kejadian terbongkar.

Difahamkan, pasangan itu baru dua tahun mendirikan rumah tangga, sementara siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa cemburu.

Sementara itu, suami mangsa yang tidak bekerja telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jenazah wanita yang dipercayai dibunuh suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Suka Menanti
  • Mangsa, Wan Khairul Safinah Ishak, 44, dikebumikan dengan disaksikan kira-kira 100 ahli keluarga dan kenalan
  • Jenazah tiba di Masjid Lutfi Suka Menanti selepas proses bedah siasat di Hospital Seberang Jaya
  • Lima anak mangsa berusia 15 hingga 26 tahun berdiri di sisi liang lahad dalam keadaan pilu
  • Pasangan itu baharu dua tahun mendirikan rumah tangga dan kejadian berpunca daripada rasa cemburu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!