Jenazah mangsa nahas SUV jatuh gaung selamat dikebumikan

Jenazah Allahyarhamah Suzaimah (gambar kecil kiri) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lebir, Gua Musang jam 9.26 malam manakala jenazah Hassan (gambar kecil kanan) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh pada jam 9.10 malam.
Jenazah Allahyarhamah Suzaimah (gambar kecil kiri) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lebir, Gua Musang jam 9.26 malam manakala jenazah Hassan (gambar kecil kanan) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh pada jam 9.10 malam.
A
A
A

KOTA BHARU - Jenazah mangsa kemalangan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabas ke dalam gaung di Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah), Terengganu, selamat dikebumikan malam ini.

Jenazah Hassan Shazali, 52, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedai Menanti, Pasir Puteh pada 9.10 malam manakala jenazah Suzaimah Che Azis, 34, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lebir, Gua Musang, pada 9.26 malam tadi.

Suasana pilu menyelubungi suasana di tanah perkuburan apabila ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika urusan pengebumian dijalankan.

Terdahulu, jenazah kedua-dua mangsa dituntut ahli keluarga di Jabatan Forensik Hospital Hulu Terengganu setelah proses bedah siasat selesai dijalankan sebelum dibawa pulang ke kediaman masing-masing.

Dalam kejadian pada jam 5.30 petang semalam, kedua-dua mangsa yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga itu maut selepas SUV yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah), Terengganu.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika kedua-dua mangsa dari arah Hulu Terengganu menghala ke Gua Musang melalui jalan berkenaan yang ditutup akibat tanah runtuh.

Kejadian itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jenazah mangsa kemalangan SUV yang terbabas diberi penghormatan terakhir di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedai Menanti dan Kampung Lebir
  • Suasana pilu menyelubungi majlis pengebumian dengan ahli keluarga yang berdukacita
  • Jenazah diambil oleh ahli keluarga dari Jabatan Forensik Hospital Hulu Terengganu setelah bedah siasat
  • Kedua mangsa, bakal pasangan pengantin, maut selepas SUV mereka terbabas ke dalam gaung di Terengganu
  • Kemalangan berlaku di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring dan dipercayai disebabkan oleh jalan yang ditutup akibat tanah runtuh

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!