Terdapat kesan kelar pada leher arwah Wan Khairul Safinah

SEBERANG JAYA – Terdapat kesan kelar pada leher Wan Khairul Safinah Ishak, 44, yang dipercayai mati dibunuh suaminya sendiri dan mayatnya disimpan selama empat hari dalam kejadian menyayat hati di kediaman mereka di Flat Jalan Tuna, Seberang Jaya.
Jenazah Allahyarham dituntut keluarganya kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas bedah siasat selesai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Suka Menanti, Alor Setar, Kedah selepas solat Asar.
Suasana pilu menyelubungi unit forensik apabila anak kedua mangsa, Mohamad Daniel Hardiha Shayrin Yezral, 25, gagal menahan tangis ketika melihat jenazah ibunya yang telah dikafankan.
Bapa mangsa, Ishak Man, 76, berkata, menantunya kelihatan sugul dan sempat mengucapkan, “Saya minta maaf ayah” ketika dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Seberang Jaya menuju ke kenderaan polis selepas melihat jenazah isterinya buat kali terakhir, pada Jumaat.
Menurut Ishak, menantunya sebelum ini pernah meluahkan rasa cemburu, khususnya apabila melihat isterinya bercakap dengan lelaki lain.
“Dia pernah kata dia tak boleh tengok orang bercakap dengan Wan. Saya ingat mereka okay saja… tak sangka jadi macam ni,” katanya.

Jenazah Allahyarham dituntut ahli keluarga kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas proses bedah siasat selesai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Suka Menanti, Alor Setar, Kedah selepas solat Asar.
Suasana pilu menyelubungi unit forensik apabila anak kedua mangsa, Mohamad Daniel Hardiha Shayrin Yezral, 25, gagal menahan tangis ketika melihat jenazah ibunya yang telah dikafankan.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan suspek yang tidak bekerja telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mangsa difahamkan baru dua tahun mendirikan rumah tangga dengan suspek, manakala motif awal kejadian dipercayai berpunca daripada rasa cemburu.
Ringkasan AI
- Suspek kes bunuh dan simpan mayat isteri selama empat hari meminta maaf kepada bapa mertuanya di Hospital Seberang Jaya
- Menantu itu menunjukkan rasa cemburu apabila isterinya bercakap dengan lelaki lain
- Wan Khairul Safinah Ishak, 44, ditemui mati dengan kesan kelar pada leher
- Jenazah Wan Khairul Safinah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Suka Menanti, Alor Setar, Kedah
- Motif awal kejadian dipercayai berpunca daripada rasa cemburu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

