Bahan kimia tumpah jejas laluan industri Tanjung Langsat

Tumpahan bahan kimia dikesan berlaku sejauh kira-kira 300 meter di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang.
Tumpahan bahan kimia dikesan berlaku sejauh kira-kira 300 meter di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang.
A
A
A

PASIR GUDANG - Satu kejadian tumpahan bahan kimia dikesan berlaku sejauh kira-kira 300 meter di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun, insiden berkenaan tidak menjejaskan orang awam atau melibatkan sebarang mangsa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I Iszahwati Supardi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.12 pagi.

Tumpahan bahan kimia dikesan berlaku sejauh kira-kira 300 meter di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang.
Tumpahan bahan kimia dikesan berlaku sejauh kira-kira 300 meter di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang.

"Seramai 17 anggota bersama-sama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba, pasukan operasi mendapati berlaku tumpahan bahan kimia sepanjang hampir 300 meter yang menjejaskan laluan perindustrian tersebut.

"Pihak bomba mengambil tindakan segera menutup Jalan Terumtum 3 di kawasan perindustrian tersebut bagi mengelakkan risiko kepada orang awam dan pekerja industri," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kerja-kerja pemantauan dan kawalan turut dilakukan bagi memastikan tiada ancaman lain yang boleh menyebabkan situasi bertambah buruk.

Artikel Berkaitan:

Kerja-kerja pemantauan dan kawalan turut dilakukan bagi memastikan tiada ancaman lain yang boleh menyebabkan situasi bertambah buruk.
Kerja-kerja pemantauan dan kawalan turut dilakukan bagi memastikan tiada ancaman lain yang boleh menyebabkan situasi bertambah buruk.

Pihaknya mengesahkan tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu dan keadaan berjaya dikawal sebaik pasukan tiba.

Jelasnya, operasi masih diteruskan bagi memastikan kawasan benar-benar selamat sebelum dibuka semula kepada pengguna.

"Punca dan jenis bahan kimia masih lagi dalam siasatan," tambahnya lagi.

Ringkasan AI

  • Bahan kimia tumpah atas jalan di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat
  • Kejadian tumpahan bahan kimia berlaku sejauh kira-kira 300 meter
  • Insiden tidak menjejaskan orang awam atau melibatkan sebarang mangsa
  • Seramai 17 anggota bomba bersama jentera dikejarkan ke tempat kejadian
  • Operasi pemantauan dan kawalan dilakukan untuk memastikan keadaan selamat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!