Jepun keluar amaran tsunami bagi utara, timur laut selepas gempa 6.7 skala richter

TOKYO - Agensi cuaca Jepun pada Jumaat mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan utara dan timur laut negara itu susulan gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter yang berlaku di Lautan Pasifik berhampiran wilayah Aomori, lapor Kyodo.
Agensi Meteorologi Jepun berkata pantai Pasifik di Hokkaido serta wilayah Aomori, Iwate dan Miyagi dijangka mengalami tsunami setinggi sehingga satu meter selepas gempa yang melanda sekitar jam 11.44 pagi (waktu tempatan) di bahagian timur Aomori pada kedalaman kira-kira 20 kilometer.
Gempa bumi itu berlaku empat hari selepas gempa kuat berukuran 7.5 pada skala Richter yang melanda pantai timur Aomori pada Isnin, mendorong agensi mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan berlakunya gempa serupa atau lebih besar di kawasan sama dalam beberapa hari akan datang. - Bernama
Ringkasan AI
- Agensi cuaca Jepun mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan utara dan timur laut susulan gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter
- Gempa bumi berlaku di Lautan Pasifik berhampiran wilayah Aomori
- Pantai Pasifik di Hokkaido dan wilayah Aomori, Iwate, dan Miyagi dijangka mengalami tsunami setinggi sehingga satu meter
- Gempa bumi itu berlangsung empat hari selepas gempa kuat berukuran 7.5 pada skala Richter di pantai timur Aomori
- Amaran tentang kemungkinan berlakunya gempa serupa atau lebih besar di kawasan sama dalam beberapa hari akan datang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
