Gempa bumi 6.5 skala Richter, Malaysia turut rasa gegaran

SHAH ALAM - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 dilaporkan berlaku di luar pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada jam 12.56 tengah hari pada Khamis.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, pusat gempa bumi itu dikesan di 2.7 darjah utara dan 95.9 darjah timur pada kedalaman 57 kilometer dengan jarak 8 kilometer selatan dari Simeulue, Indonesia.
Susulan gempa itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
"Gegaran dirasai di sekitar negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia," katanya menerusi laman web met.gov.my.
Ringkasan AI
- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 berlaku di luar pantai barat Sumatera Utara, Indonesia
- Pusat gempa dikesan di kedalaman 57 kilometer, 8 kilometer selatan dari Simeulue, Indonesia
- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dilaporkan susulan gempa itu
- Gegaran dirasai di sekitar negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia
- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan maklumat mengenai gempa tersebut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
