Budak perempuan 12 tahun tikam ibu 20 kali hingga mati

MEDAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tergamak membunuh ibunya sendiri hanya kerana tidak berpuas hati kerana kakaknya dimarahi.
Mangsa dikenali sebagai Faizah Soraya, 42, maut selepas ditikam 20 kali ketika tidur dalam kejadian menggemparkan di sebuah kediaman di Jalan Dwikora, Kelurahan Tanjung Rejo, Kecamatan Medan Sunggal, Medan, Sumatera Utara di Indonesia pada Rabu lalu.
Suami mangsa, Toni memberitahu pembunuhan itu dilakukan anak bongsu mereka yang mempunyai sifat pendiam.
"Kami sedang tidur di bilik berasingan ketika kejadian itu terjadi," ujarnya lagi.
Sementara itu, Kasatreskrim Polrestabes Medan, AKBP Bayu Putro Wijayanto berkata, pelaku yang juga pelajar Sekolah Menengah Pertama (SMP) telah ditahan untuk membantu siasatan.
"Kami masih menyiasat motif sebenar dia bertindak sedemikian," jelasnya. - Agensi
Ringkasan AI
- Kanak-kanak perempuan 12 tahun membunuh ibunya kerana tidak puas hati kakak dimarahi
- Mangsa ditikam 20 kali ketika tidur oleh anak bongsunya yang berusia 12 tahun
- Kejadian berlaku di kediaman mereka di Jalan Dwikora, Kelurahan Tanjung Rejo, Kecamatan Medan Sunggal, Medan
- Suami mangsa menyatakan mereka sedang tidur berasingan ketika kejadian berlaku
- Pelaku, pelajar SMP, telah ditahan untuk membantu siasatan polis
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

