Pelancong nyaris maut selepas terjatuh ketika swafoto di gunung

Pelancong itu turut berkongsi pengalaman itu di platform WeChat. Foto Agensi
Pelancong itu turut berkongsi pengalaman itu di platform WeChat. Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Seorang pelancong nyaris maut selepas dia terjatuh dari tebing ketika mahu mengambil swafoto di sebuah laluan gunung.

Menurut laporan The Sun, kejadian itu berlaku di Gunung Huaying di Guang'an, China.

Menerusi video yang menjadi tular, lelaki itu dilihat berjalan di tepi tebing sambil memegang telefon bimbit miliknya.

Tidak lama selepas itu, tempat lelaki itu berpijak runtuh secara tiba-tiba hingga menyebabkannya tergelincir lalu tubuhnya terhumban ke kawasan berpokok.

"Dia terjatuh pada ketinggian kira-kira lebih 40 meter (m). Paling mengejutkan, dia terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan serius," jelas laporan media tempatan.

Pelancong itu turut berkongsi pengalaman itu di platform WeChat.

"Saya dilindungi dewa gunung selepas terjatuh dan berguling pada kawasan lereng setinggi 15m.

"Saya tidak menyangka masih hidup," katanya.

Difahamkan, tapak pelancongan tempat kemalangan itu didakwa berlaku dikenali sebagai Blade Rock dan ia tidak berada dalam kawasan pemandangan rasmi.

Artikel Berkaitan:

Mereka menegaskan bahawa kawasan tersebut hanya dibenarkan untuk dilihat dari jauh dan aktiviti mendaki adalah sama sekali tidak dibenarkan. - Agensi

 

 

Ringkasan AI

  • Pelawat nyaris maut jatuh dari tebing semasa cuba ambil swafoto di Gunung Huaying, China
  • Kejadian berlaku apabila tanah di bawah kaki pelancong itu runtuh secara tiba-tiba
  • Pelawat tersebut jatuh pada ketinggian lebih 40 meter tetapi selamat tanpa cedera serius
  • Mengaku dilindungi dewa gunung selepas terjatuh dan mengaku tidak menyangka masih hidup
  • Kawasan Blade Rock tempat kejadian bukan kawasan pemandangan rasmi dan mendaki dilarang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!