Wanita warga emas nyaris maut, kereta terjunam dalam longkang

Seorang wanita warga emas cedera selepas kereta dipandu terbabas ke dalam longkang, pada Sabtu.
Seorang wanita warga emas cedera selepas kereta dipandu terbabas ke dalam longkang, pada Sabtu.
A
A
A

BALAKONG – Seorang wanita warga emas nyaris maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang di Jalan Damai Perdana 1/8B, Bandar Damai Perdana di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.54 petang.

Menurutnya, sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, sebuah kereta Perodua Myvi didapati terbabas ke dalam longkang dengan seorang mangsa wanita berusia lingkungan 60-an berada di dalamnya.

“Mangsa berjaya dibawa naik oleh anggota bomba dan hanya mengalami kecederaan ringan sebelum diserahkan kepada petugas kesihatan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Mukhlis berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.43 petang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!