Provokasi China-Rusia?

Pencerobohan udara itu berlaku ketika ketegangan sedang memuncak antara Korea Selatan dan Jepun. Foto Agensi
Pencerobohan udara itu berlaku ketika ketegangan sedang memuncak antara Korea Selatan dan Jepun. Foto Agensi
A
A
A

SEOUL - Situasi di Asia Timur kembali tegang selepas Korea Selatan dan Jepun pada Rabu menzahirkan bantahan atas tindakan provokasi China bersama sekutunya, Rusia.

Seoul bertindak balas dengan tegas selepas pesawat tentera Beijing dan Moscow didakwa melakukan rondaan udara bersama di 'zon sensitif'.

"Jet pejuang mereka memasuki zon pertahanan udara negara ini. Kami sudah pun mengemukakan aduan kepada atase pertahanan kedua-dua negara.

"Tentera kami akan bertindak balas segera terhadap sebarang aktiviti di Zon Pengenalan Pertahanan Udara Korea (KADIZ) selaras dengan undang-undang antarabangsa," tegas Ketua Pengarah Biro Dasar Antarabangsa di Kementerian Pertahanan, Lee Kwang-suk.

Difahamkan, Korea Selatan bertindak mengerahkan jet pejuang sebagai tindak balas taktikal bagi persediaan untuk sebarang kemungkinan terhadap tindakan provokatif melampau China dan Rusia.

Sementara itu, Tokyo memaklumkan dua jet pengebom berkeupayaan nuklear milik Rusia, Tu-95 dilihat terbang dari Laut Jepun dan 'bertemu' dengan pesawat pengebom H-6 kepunyaan Beijing di Laut China Timur.

"Ia kemudiannya melakukan penerbangan bersama di sekitar Jepun," ujarnya.

Menteri Pertahanan Jepun, Shinjiro Koizumi menerusi platform X menyifatkan pencerobohan itu jelas sekali satu bentuk 'demonstrasi kekuatan' terhadap negara tersebut.

Insiden tersebut berlaku ketika Tokyo bertelagah dengan China berhubung kenyataan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi mengenai Taiwan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Situasi di Asia Timur tegang selepas Korea Selatan dan Jepun bantah tindakan provokasi China dan Rusia
  • Pesawat tentera China dan Rusia didakwa melakukan rondaan udara bersama di zon sensitif
  • Korea Selatan mengerahkan jet pejuang sebagai tindak balas taktikal terhadap aktiviti di Zon Pengenalan Pertahanan Udara Korea
  • Tokyo melaporkan dua jet pengebom nuklear Rusia dan pesawat pengebom China melakukan penerbangan bersama di sekeliling Jepun
  • Insiden ini berlaku dalam konteks ketegangan Tokyo dan China berhubung kenyataan Perdana Menteri Jepun tentang Taiwan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!