Dua maut, 4 cedera parah dilanggar kereta api di Korea Selatan

Pegawai memeriksa kereta api Mugunghwa-ho yang terlibat dalam kemalangan di Laluan Gyeongbu, di mana kereta api itu melanggar tujuh pekerja berhampiran landasan di Cheongdo, Wilayah Gyeongsang Utara pada Selasa. Foto Yonhap
Pegawai memeriksa kereta api Mugunghwa-ho yang terlibat dalam kemalangan di Laluan Gyeongbu, di mana kereta api itu melanggar tujuh pekerja berhampiran landasan di Cheongdo, Wilayah Gyeongsang Utara pada Selasa. Foto Yonhap
A
A
A

CHEONGDO (Korea Selatan) - Dua pekerja maut manakala empat lagi cedera parah pada Selasa selepas dilanggar sebuah kereta api penumpang di Bandar Cheongdo, tenggara Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik kenyataan pegawai.

Nahas berlaku kira-kira jam 10.50 pagi berhampiran Stadium Laga Lembu Cheongdo apabila sebuah kereta api Mugunghwa yang dalam perjalanan ke Jinju di Wilayah Gyeongsang Selatan melanggar tujuh pekerja yang sedang memeriksa struktur di cerun berhampiran landasan, menurut polis dan Korea Railroad Corp (KORAIL) yang dikendalikan oleh kerajaan.

Mereka dikejarkan ke hospital berdekatan, namun dua daripada mereka disahkan meninggal dunia. Seorang lagi pekerja hanya mengalami kecederaan ringan.

Terdapat 89 penumpang di atas kereta api itu, namun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Menurut KORAIL, kerja pemeriksaan dijalankan susulan hujan lebat yang melanda Cheongdo baru-baru ini. Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas. - Bernama-Yonhap

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!