Bapa tiri ditahan kes amang seksual kanak-kanak 11 tahun

Polis menahan seorang lelaki disyaki melakukan amang seksual terhadap anak tirinya berusia 11 tahun. Gambar hiasan
Polis menahan seorang lelaki disyaki melakukan amang seksual terhadap anak tirinya berusia 11 tahun. Gambar hiasan
A
A
A

GOMBAK - [DIKEMAS KINI] Polis menahan seorang lelaki disyaki melakukan amang seksual terhadap anak tirinya berusia 11 tahun di sebuah kediaman di Desa Aman Puri di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, suspek ditahan pada Selasa selepas menerima laporan berkaitan insiden itu.

"Suspek telah direman selama tujuh hari bermula Selasa sehingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Difahamkan, kejadian itu disedari ibu mangsa selepas memeriksa telefon bimbit suaminya berusia 30-an yang menyimpan gambar anak perempuannya dalam keadaan mencurigakan.

Wanita berusia 30-an itu kemudian memanggil anaknya dan meminta kanak-kanak tersebut menceritakan kejadian sebenar sebelum dimaklumkan perbuatan yang dilakukan bapa tirinyanya.

Lelaki itu turut didakwa mengarahkan supaya kanak-kanak itu tidak memberitahu perkara itu kepada ibunya dan kejadian itu juga dipercayai berlaku sejak awal tahun.

Wanita berkenaan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis menahan seorang lelaki kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya berusia 11 tahun di Gombak
  • Suspek ditahan selepas polis menerima laporan tentang insiden
  • Suspek direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017
  • Ibu mangsa menyedari kejadian selepas memeriksa telefon suami dan menemui gambar mencurigakan
  • Anak itu dipaksa bapa tirinya untuk merahsiakan perbuatan tersebut dan kejadian berlaku sejak awal tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!