Penuntut IPT ditahan kes amang seksual calon SPM

Laporan Sinar Harian pada 1 Disember 2025.
Laporan Sinar Harian pada 1 Disember 2025.
A
A
A

JELI - Polis menahan seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) bagi membantu kes amang seksual ke atas seorang remaja perempuan yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, penahanan itu dibuat selepas mangsa membuat laporan polis berkaitan perlakuan tidak bermoral suspek.

"Siasatan awal mendapati suspek mengambil mangsa di hadapan sebuah sekolah sebelum membawanya ke kawasan Lata Renyut, namun berhenti di tepi jalan Kampung Sungai Rual untuk melakukan hubungan seks bersama mangsa di dalam kereta dengan rela hati," katanya.

Menurutnya, pasangan itu kemudian terkejut dengan kehadiran anggota polis yang sedang melalukan rondaan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kamaruzaman memberitahu, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau mengingatkan orang awam supaya tidak melakukan sebarang perlakuan tidak senonoh atau mencurigakan di dalam kenderaan, sama ada di tempat awam atau kawasan sunyi, kerana tindakan sedemikian boleh mengundang risiko jenayah dan implikasi undang-undang.

“Polis tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan berkaitan keselamatan dan perlindungan kanak-kanak,” katanya.

Sinar Harian pada 1 Disember lalu melaporkan, seorang penuntut IPT dan pelajar sekolah menengah bertindak melarikan diri kerana terkejut dengan kehadiran polis ketika mereka memberhentikan kereta jenis Perodua Myvi di tepi jalan di Kampung Sungai Rual di sini pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, petugas Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli yang sedang menjalankan rondaan melihat kenderaan berkenaan berada dalam keadaan mencurigakan.

Ringkasan AI

  • Polis menahan seorang penuntut IPT kerana kes amang seksual ke atas remaja perempuan calon SPM di Jeli
  • Penahanan dibuat selepas mangsa buat laporan polis tentang perlakuan tidak bermoral suspek
  • Suspek didapati membawa mangsa ke kawasan Lata Renyut dan melakukan hubungan seks dalam kereta dengan rela hati
  • Pasangan itu terkejut dengan kehadiran anggota polis yang sedang melakukan rondaan
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!