514 sekolah di sempadan Kemboja ditutup akibat konflik pertempuran

Penduduk di kawasan sempadan Kemboja-Thailand berlindung di sebuah kuil di Siem Reap selepas pertempuran di sempadan itu kembali tercetus. - Foto AFP.
Penduduk di kawasan sempadan Kemboja-Thailand berlindung di sebuah kuil di Siem Reap selepas pertempuran di sempadan itu kembali tercetus. - Foto AFP.
A
A
A

PHNOM PENH – Sebanyak 514 buah sekolah di wilayah sempadan Kemboja ditutup berikutan pertempuran yang berterusan di kawasan bersempadan dengan Thailand.

Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Kemboja dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa wilayah yang paling terjejas ialah Oddar Meanchey, Preah Vihear dan Banteay Meanchey.

"Sebanyak 514 buah sekolah ditutup, menjejaskan kira-kira 130,000 orang pelajar dan 4,650 orang guru," katanya menerusi hantaran di Facebook baru-baru ini.

Konflik sempadan Kemboja–Thailand kembali tercetus sejak petang Ahad lalu.

Setiausaha Rendah Negara merangkap Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Leftenan Jeneral Maly Socheata berkata, tujuh orang awam Kemboja terbunuh dalam konflik setakat ini.

Menteri Penerangan Kemboja, Neth Pheaktra pula memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 16,568 keluarga, membabitkan 54,550 orang, telah meninggalkan kediaman mereka berhampiran sempadan untuk berlindung di kawasan yang lebih selamat. – Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sebanyak 514 sekolah di wilayah sempadan Kemboja telah ditutup akibat pertempuran berterusan dengan Thailand
  • Wilayah Oddar Meanchey, Preah Vihear dan Banteay Meanchey paling terjejas
  • Penutupan sekolah ini menjejaskan kira-kira 130,000 pelajar dan 4,650 guru
  • Konflik sempadan Cambodia-Thailand kembali tercetus sejak petang Ahad lalu
  • Sekurang-kurangnya 16,568 keluarga membabitkan 54,550 orang meninggalkan kediaman berhampiran sempadan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!