China hukum mati bekas pegawai tertinggi parti kerana rasuah

BEIJING – China menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas pegawai kanan parti, Gou Zhongwen, atas kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, menurut laporan agensi berita Xinhua pada Isnin.
Mahkamah Rakyat Pertengahan Yancheng, Wilayah Jiangsu, memutuskan hak politik Gou akan dibatalkan seumur hidup, semua harta peribadinya dirampas, dan wang rasuah berjumlah lebih 236 juta yuan (sekitar RM1.37 juta) diserahkan kepada perbendaharaan negara.
Gou pernah berkhidmat sebagai anggota Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perunding Politik Rakyat China (CPPCC) dan bekas timbalan ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Kaum dan Agama CPPCC.
Mahkamah mendapati antara 2009 hingga 2024, Gou menggunakan jawatan beliau termasuk sebagai timbalan Datuk Bandar Beijing dan ketua Pentadbiran Sukan China untuk membantu pihak tertentu dalam urusan perniagaan dan kelulusan projek dengan balasan wang dan barangan berharga.
Walaupun jenayahnya berat, hukuman mati Gou diberikan penangguhan dua tahun kerana kerjasama, pengakuan, dan pemulangan hasil rasuah.
Jika tidak berlaku pelanggaran, hukuman boleh ditukar kepada penjara seumur hidup tanpa peluang pengurangan atau pembebasan bersyarat. -Agensi
Ringkasan AI
- China menjatuhkan hukuman mati terhadap bekas pegawai kanan parti, Gou Zhongwen, atas rasuah dan penyalahgunaan kuasa
- Harta peribadi Gou dirampas dan wang rasuah berjumlah lebih 236 juta yuan diserahkan kepada perbendaharaan negara
- Gou pernah berkhidmat dalam Jawatankuasa Tetap CPPCC dan sebagai timbalan Datuk Bandar Beijing serta ketua Pentadbiran Sukan China
- Gou menggunakan jawatan untuk membantu pihak tertentu dalam urusan perniagaan dengan balasan wang
- Hukuman mati Gou diberikan penangguhan dua tahun atas kerjasama, pengakuan, dan pemulangan hasil rasuah, boleh ditukar kepada penjara seumur hidup jika tidak melanggar syarat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

