49 pegawai, bekas pegawai bank terlibat rasuah dengan firma guaman akan didakwa

Kegiatan rasuah melibatkan firma guaman dan pegawai bank itu berjaya dibongkar SPRM menerusi Op Tiger yang dijalankan sekitar Jun 2024.
Kegiatan rasuah melibatkan firma guaman dan pegawai bank itu berjaya dibongkar SPRM menerusi Op Tiger yang dijalankan sekitar Jun 2024.
A
A
A

PUTRAJAYA -Seramai 49 individu melibatkan pegawai dan bekas pegawai beberapa institusi perbankan yang disyaki menerima rasuah daripada beberapa firma guaman akan didakwa secara berperingkat sepanjang November ini.

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam satu kenyataan berkata, SPRM telah mendapat izin mendakwa secara berperingkat individu-individu berkenaan dan kesemua pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

"Mereka dipercayai menerima rasuah atau komisen daripada beberapa firma guaman sebagai balasan melantik firma-firma guaman terbabit untuk menguruskan dokumen perjanjian pembiayaan kewangan oleh pelanggan yang memohon pembiayaan kewangan di beberapa institusi perbankan antara tahun 2018 hingga 2023.

"Kegiatan rasuah melibatkan firma guaman dan pegawai bank itu berjaya dibongkar SPRM menerusi Op Tiger yang dijalankan sekitar Jun 2024 yang mana ada bayaran komisen atau upah ini dibayar sebelum urusan pinjaman pelanggan ini selesai," katanya.

Menurutnya, kesemua mereka akan dituduh di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 melibatkan 249 jumlah pertuduhan keseluruhannya membabitkan nilai rasuah hampir RM700,000.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seramai 49 individu melibatkan pegawai dan bekas pegawai beberapa institusi perbankan akan didakwa sepanjang November
  • SPRM mendapat izin mendakwa individu berkenaan dan pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor
  • Mereka dipercayai menerima rasuah daripada beberapa firma guaman untuk melantik firma tersebut urus dokumen pembiayaan kewangan dari 2018 hingga 2023
  • Op Tiger yang dijalankan oleh SPRM pada Jun 2024 membongkar aktiviti rasuah tersebut
  • Kesemua individu akan dituduh di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dengan 249 pertuduhan membabitkan nilai rasuah hampir RM700,000

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!