Syarikat senjata terbesar Israel digantung NATO terlibat rasuah

NSPA telah menggantung syarikat senjata terbesar Israel, Elbit Systems daripada membida kontrak baharu susulan siasatan rasuah antarabangsa yang sedang dijalankan. Foto: Agensi
NSPA telah menggantung syarikat senjata terbesar Israel, Elbit Systems daripada membida kontrak baharu susulan siasatan rasuah antarabangsa yang sedang dijalankan. Foto: Agensi
A
A
A

BRUSSELS – Agensi perolehan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), NATO Support and Procurement Agency (NSPA), telah menggantung syarikat senjata terbesar Israel, Elbit Systems, daripada membida kontrak baharu susulan siasatan rasuah antarabangsa yang sedang dijalankan.

Penggantungan yang berkuat kuasa sejak 31 Julai 2025 turut menjejaskan 13 kontrak sedia ada syarikat itu bernilai kira-kira €100 juta (RM480 juta), termasuk bekalan peluru, peranti anti-peluru berpandu dan program penyelenggaraan bot rondaan Portugal.

Siasatan berfokus kepada dakwaan rasuah yang melibatkan pegawai NSPA. Antara individu utama ialah Eliau Eluasvili, perunding Itali berusia 60 tahun berkaitan Elbit, yang kini mempunyai waran tangkap antarabangsa, dan Guy Moeraert, bekas pegawai NSPA dari Belgium yang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Skandal ini bermula Mei 2025 dengan serbuan di tujuh negara, termasuk Belgium dan Amerika Syarikat. Pendedahan siasatan yang tergendala di Amerika Syarikat menimbulkan tekanan agar NATO meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan ketenteraan.

NSPA menegaskan bahawa siasatan berterusan bagi memastikan integriti kontrak dan mencegah sebarang penyelewengan dalam sistem perolehan pertahanan. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Agensi perolehan NATO, NSPA, menggantung syarikat senjata Israel Elbit Systems daripada membida kontrak baharu kerana siasatan rasuah
  • Penggantungan berkuat kuasa sejak 31 Julai 2025 dan menjejaskan 13 kontrak sedia ada bernilai kira-kira €100 juta
  • Siasatan fokus pada dakwaan rasuah yang melibatkan pegawai NSPA dan Elbit Systems
  • Skandal bermula Mei 2025 dengan serbuan di tujuh negara memicu tekanan untuk ketelusan NATO
  • NSPA terus menyiasat untuk memastikan integriti kontrak dan mencegah penyelewengan dalam sistem perolehan pertahanan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!