Penganggur putih mata pelaburan lebih RM300,000 lesap

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyerahkan maklumat perbankan atau memindahkan wang berdasarkan panggilan telefon meragukan. Foto hiasan
Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyerahkan maklumat perbankan atau memindahkan wang berdasarkan panggilan telefon meragukan. Foto hiasan
A
A
A

MUAR - Seorang penganggur berputih mata apabila wang simpanan berjumlah RM310,000 lesap gara-gara menyertai pelaburan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun telah tertarik dengan iklan pelaburan di aplikasi Youtube pada September lalu yang menawarkan pulangan yang lumayan.

"Iklan tersebut turut menawarkan keuntungan tinggi dan mangsa kemudiannya telah mengisi maklumat peribadinya sebelum dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp oleh individu tidak dikenali.

“Suspek kemudiannya memperkenalkan satu aplikasi pelaburan dan menjanjikan pulangan antara 10 hingga 30 peratus daripada modal yang dilaburkan.

Raiz Mukhliz
Raiz Mukhliz

“Mangsa yang hanya bergantung kepada wang simpanannya sebagai sumber kewangan telah membuat 17 transaksi dari 10 November hingga 5 Disember lalu berjumlah RM310,000,” katanya.

Tambah Raiz Mukhliz, mangsa telah log masuk ke aplikasi tersebut dan mendapati pelaburannya telah berkembang kepada lebih RM2.5 juta.

Bagaimanapun, ketika cuba mengeluarkan wang hasil keuntungan pelaburan tersebut, mangsa diminta membayar yuran tambahan sebanyak RM382,811.

Artikel Berkaitan:

“Keadaan ini membuatkan mangsa mula menyedari pelaburan tersebut merupakan satu penipuan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebatan selain denda.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyerahkan maklumat perbankan atau memindahkan wang berdasarkan panggilan telefon meragukan.

"Selain itu, anda dinasihatkan untuk membuat semakan melalui nombor rasmi agensi berkaitan atau portal Semak Mule dan talian CCID Scam Response Centre,” ujarnya.

Ringkasan AI

  • Seorang penganggur hilang RM310,000 selepas menyertai pelaburan dalam talian
  • Mangsa tertarik dengan iklan pada YouTube yang menawarkan pulangan lumayan
  • Suspek dijanjikan pulangan antara 10 hingga 30 peratus daripada modal
  • Mangsa membuat 17 transaksi yang berjumlah RM310,000
  • Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila diminta bayar yuran tambahan RM382,811 untuk keluarkan keuntungan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!