Pemandu lori dirawat di ICU gara-gara makan 3kg gula-gula jeli

LONDON – Seorang pemandu lori di United Kingdom (UK) dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit perut teruk akibat makan lebih 3 kilogram gula-gula jeli dalam tempoh hanya tiga hari.
Oddity Central melaporkan Nathan Rimington, 33, dari Yorkshire dilaporkan membeli bekas berisi 3 kilogram gula-gula menerusi dalam talian selepas mengidam makanan manis itu.
Bagaimanapun, selepas memakan lebih 10,000 kalori gula-gula berkenaan dalam masa singkat, dia mula mengalami simptom seperti sakit perut, berpeluh dan tekanan darah tinggi
Pasukan perubatan pada mulanya menyangka Rimington mengalami keracunan makanan, namun ujian lanjut mendapati terdapat kandungan gelatin yang sangat tinggi dalam sistem penghadamannya.
Beliau kemudian disahkan menghidap divertikulitis akut iaitu keadaan di mana dinding usus besar membentuk benjolan kecil yang boleh menyebabkan jangkitan atau keradangan.
Pakar perubatan menjelaskan, pengambilan bahan seperti gelatin dalam kuantiti besar boleh meningkatkan risiko masalah pencernaan dan penyumbatan usus.
Rimington dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selama enam hari dan menerima rawatan melalui saluran intravena sebelum pulih sepenuhnya.
Doktor menasihatkannya supaya mengelak makanan bergula secara berlebihan dan beliau mengakui tidak akan menyentuh gula-gula getah itu lagi dalam masa terdekat. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang pemandu lori di UK dimasukkan ke hospital kerana sakit perut teruk selepas makan lebih 3 kilogram gula-gula jeli dalam tiga hari
- Nathan Rimington mengalami simptom serius termasuk sakit perut dan tekanan darah tinggi selepas mengonsumsi lebih 10,000 kalori gula-gula
- Pasukan perubatan mendapati sistem penghadamannya mengandungi gelatin yang sangat tinggi
- Rimington disahkan menghidap divertikulitis akut, keadaan yang menyebabkan jangkitan atau keradangan pada dinding usus besar
- Beliau dirawat di unit rawatan rapi selama enam hari dan nasihat diberikan untuk mengelakkan makanan bergula secara berlebihan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
