Lazada rekod lonjakan permintaan jenama bernilai tinggi semasa 11.11

KUALA LUMPUR – Pengguna di Malaysia kini menunjukkan perubahan ketara dalam corak membeli-belah dalam talian mereka, apabila jenama premium muncul sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan di platform Lazada Malaysia sepanjang 11.11 Global Brands Festival 2025.
Perkembangan ini mencerminkan kepercayaan yang konsisten terhadap Lazada Malaysia sebagai platform yang selamat dan boleh dipercayai untuk pembelian produk premium, serta tahap keselesaan yang semakin meningkat untuk berbelanja lebih bagi produk berkualiti menjelang jualan hujung tahun 12.12.
Jenama premium dan mewah seperti Nike, Sony, Estée Lauder, Dyson dan Shu Uemura adalah antara jenama paling laris di Lazada Malaysia sepanjang 11.11, membuktikan bahawa rakyat Malaysia kini lebih yakin memilih produk bernilai tinggi secara dalam talian, khususnya di Lazada.

Pengguna juga menunjukkan tahap kepercayaan yang kukuh terhadap platform Lazada untuk pembelian elektronik bernilai tinggi.
Dalam kategori Electronics (EL), semakin ramai pembeli memilih gajet bernilai tinggi, yang muncul sebagai antara segmen paling menonjol sepanjang kempen mega 11.11 baru-baru ini. Sepanjang kempen 11.11:
- Sub-segmen smart devices dalam kategori Elektronik mencatat peningkatan 76 peratus dalam nilai pesanan purata (Average Order Value (AOV) berbanding kempen 9.9.
- Sub-segmen computers and components berkembang 106 peratus, manakala gaming devices and software meningkat 197 peratus dari segi pembelian berbanding 9.9.

Sementara itu, kategori kecantikan jelas menunjukkan peralihan ke arah pembelian lebih premium, dengan jenama penjagaan kulit popular mencatat antara peningkatan perbelanjaan setiap pesanan yang tertinggi di Lazada sepanjang 11.11 berbanding 9.9.
Nilai purata pesanan melonjak 54 peratus untuk Lancôme, 44 peratus untuk Kérastase dan 47 peratus untuk Innisfree, sekali gus mengesahkan selera rakyat Malaysia yang semakin cenderung kepada produk berjenama bernilai tinggi apabila membeli-belah dalam talian.
Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Kaya Qin, pengguna di Malaysia kini menunjukkan tahap keyakinan baharu untuk membeli produk premium secara dalam talian dan keputusan 11.11 jelas mencerminkan perubahan besar ini.
“Ini membuktikan kepercayaan yang mendalam terhadap keaslian produk di Lazada, mutu penghantaran pesanan dan keseluruhan pengalaman membeli-belah di platform kami.
“Kami akan terus melabur dalam teknologi, kerjasama strategik dan sistem perlindungan pengguna yang memberi rakyat Malaysia keyakinan untuk membeli-belah dengan selamat dan terjamin,” kata.

Rakyat Malaysia sanggup bayar untuk jenama yang dipercayai
Persekitaran pusat membeli-belah maya (Mall) yang disahkan terus menjadi penerima manfaat terbesar daripada perubahan ini.
AOV LazMall meningkat sebanyak 20 peratus berbanding kempen 9.9. AOV LazMall pada 11.11 juga meningkat 13 peratus tahun ke tahun dari 2024 ke 2025, menunjukkan bakul pembelian yang lebih besar dan lebih terancang.
Prestasi ini sejajar dengan tren serantau yang direkodkan dalam kajian Cube Asia terkini bertajuk ‘The Rise of Virtual Mall Ecosystems in Southeast Asia’ yang ditaja Lazada.
Di peringkat serantau, e-dagang berasaskan keaslian, iaitu pembelian barangan berjenama melalui persekitaran Mall yang diiktiraf di platform e-dagang, telah berkembang daripada 12 peratus daripada jumlah e-dagang pada 2020 kepada 30 peratus pada 2025 dan dijangka mencecah 55 peratus menjelang 2030, dengan nilai sekitar AS$150 bilion dalam bentuk jualan.
Khususnya bagi Malaysia, kajian ini mengukuhkan lagi bagaimana pengguna tempatan semakin mengutamakan persekitaran Mall di platform e-dagang dan keputusan berasaskan kualiti:
- Hampir 30 peratus pengguna di Malaysia berkata mereka sanggup membayar tambahan 5 peratus hingga 10 peratus untuk jaminan membeli daripada kedai Mall yang telah disahkan.
- Sekitar 85 peratus pembeli dalam talian di Malaysia kini membuat sekurang-kurangnya 40 peratus daripada pembelian mereka di persekitaran Mall, khususnya bagi kategori seperti fesyen, kecantikan, elektronik dan kediaman.

Secara keseluruhan, prestasi LazMall dalam 11.11 baru-baru ini dan kajian Cube Asia menunjukkan ekosistem e-dagang Malaysia yang semakin matang, di mana kepercayaan, pengesahan dan proses yang lancar dari pembelian hingga penghantaran menjadi semakin penting berbanding sekadar memburu harga paling rendah.
AI Lazzie, affiliate jadi pemacu baharu trend belanja
Kemudahan digital dalam ekosistem Lazada turut mencatat momentum kukuh sepanjang 11.11, membantu rakyat Malaysia membeli belah dengan lebih terancang dan berinformasi.
AI Lazzie, pembantu membeli-belah berkuasa AI Lazada, membantu menjana:
- 56.13 peratus lebih banyak penukaran berbanding kempen 9.9.
- 85.65 peratus lebih banyak penukaran berbanding hari perniagaan biasa.
Ramai pembeli menggunakan AI Lazzie untuk menapis carian, membandingkan pilihan, memahami ringkasan ulasan dengan cepat dan mengisi troli dengan produk yang lebih berkualiti mengikut bajet masing-masing.

Pada masa yang sama, aktiviti jual beli yang digerakkan oleh pencipta kandungan media sosial dan affiliate turut mencatat pertumbuhan yang kukuh, dengan prestasi affiliate bagi Lazada Malaysia meningkat 108 peratus sepanjang kempen 11.11 berbanding 9.9.
Peningkatan ini diperkukuh melalui kerjasama Lazada dengan YouTube, apabila kandungan daripada pencipta media sosial dan cadangan produk yang dikongsi membantu menukar inspirasi penonton kepada pembelian di Lazada.
AI Lazzie dan rangkaian affiliate dijangka menjadi semakin penting menjelang 12.12, apabila rakyat Malaysia merancang pembelian hujung tahun dalam kategori- kategori seperti kecantikan, elektronik, gaya hidup dan kediaman, sambil memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan benar-benar berbaloi melalui pilihan yang lebih bijak dan lebih yakin.
12.12, musim beli-belah hujung tahun yang mengutamakan kualiti
Prestasi Lazada Malaysia dalam kempen 11.11 menjadi petunjuk jelas keyakinan pengguna tempatan, sekali gus mengukuhkan kedudukan platform itu sebagai destinasi pilihan untuk jenama premium dan kategori bernilai tinggi.

Pencapaian kukuh dalam kategori smart devices, computers and components, gaming serta peningkatan AOV LazMall turut menggambarkan kecenderungan pengguna beralih kepada produk premium sebagai satu trend yang berkekalan, bukan sekadar lonjakan sementara.
Menjelang jualan 12.12, Lazada Malaysia merancang beberapa langkah untuk terus mengukuhkan prestasi ini:
- Memperluas penawaran LazMall merangkumi kategori kecantikan premium, elektronik, gaya hidup dan kediaman, fesyen serta ibu dan bayi, dengan tumpuan kepada promosi rasmi jenama dan pakej nilai tambah.
- Mengoptimumkan penggunaan AI Lazzie untuk membantu rakyat Malaysia merancang bajet 12.12, membuat senarai pendek pilihan di LazMall dan memahami petunjuk kualiti serta nilai dengan lebih mudah.
- Memperkukuh program pencipta kandungan dan affiliate yang menyediakan ulasan serta cadangan autentik bagi membimbing pembelian yang lebih terancang.
- Memperkukuh barisan tawaran nilai 12.12, dengan baucar Hall of Fame untuk seluruh kedai, penjimatan sehingga 90 peratus melalui Crazy Brand Mega Offers, promosi Global Brands Fest untuk jenama antarabangsa serta promosi RM12 All Out Deals dengan nilai keseluruhan melebihi RM112,000.
Melalui strategi berasaskan Mall dan jenama, ekosistem yang dipercayai dan berasaskan AI, Lazada ingin 12.12 kali ini dikenali sebagai festival beli-belah di mana rakyat Malaysia membeli dengan lebih bijak, bukan sekadar membeli lebih banyak.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
