Polis siasat dakwaan along bakar lantai rumah di Skudai

Polis sedang menyiasat kejadian lantai sebuah rumah terbakar di Taman Universiti, Skudai yang dipercayai angkara pemberi pinjaman wang tanpa lesen.
Polis sedang menyiasat kejadian lantai sebuah rumah terbakar di Taman Universiti, Skudai yang dipercayai angkara pemberi pinjaman wang tanpa lesen.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis sedang menyiasat kejadian lantai sebuah rumah terbakar di Taman Universiti, Skudai, Sabtu lepas, yang dipercayai angkara pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun pada 8.01 pagi, hari yang sama.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 4.18 pagi. Pengadu memaklumkan menyedari lantai luar rumahnya terbakar selain menemui serpihan kaca serta satu nota yang dipercayai dilempar suspek,” katanya dalam kenyataan lewat malam Isnin.

Azrol Anuar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau bahan letupan, yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menyalurkannya segera dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-556 3122. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis sedang menyiasat kejadian lantai sebuah rumah terbakar di Taman Universiti, Skudai yang dipercayai angkara pemberi pinjaman wang tanpa lesen
  • Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, laporan kejadian tersebut diterima pada jam 8.01 pagi, hari Sabtu
  • Kejadian berlaku pada 4.18 pagi, dan pengadu menyedari lantai luar rumahnya terbakar serta menemui serpihan kaca dan satu nota
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda
  • Orang ramai diminta memberi maklumat berkaitan kejadian dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!