Lapan kereta, satu rumah terbakar selepas bengkel cat dipanah petir

SHAH ALAM - Lapan kereta musnah dijilat api selepas sebuah bengkel mengecat kereta terbakar dalam kejadian di Sungai Sedu, Banting dekat sini petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, kebakaran itu yang dipercayai berpunca akibat panahan petir kira-kira pukul 5 petang, turut mengakibatkan sebuah rumah bersebelahan bengkel terbabit terbakar.
"Kebakaran disedari orang awam sebelum dimaklumkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan polis dengan pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira 5.20 petang.
"Keadaan berjaya dikawal sepenuhnya dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Api berjaya dipadamkan lebih kurang pukul 7.20 malam,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata JBPM masih meneruskan pemeriksaan di lokasi kejadian untuk memastikan keadaan terkawal. - Bernama
Ringkasan AI
- Lapan kereta musnah dijilat api selepas sebuah bengkel mengecat kereta terbakar di Sungai Sedu, Banting
- Kebakaran itu dipercayai berpunca akibat panahan petir
- Sebuah rumah bersebelahan bengkel juga terbakar
- Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut
- Api berjaya dipadamkan lebih kurang pukul 7.20 malam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
