'Kelantanku Bersih' kini jadi identiti negeri

Dr Mohamed Fadzli (dua dari kiri) menyampaikan replika kepada johan PBT Machang. -Foto: SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID
Dr Mohamed Fadzli (dua dari kiri) menyampaikan replika kepada johan PBT Machang. -Foto: SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan menjadikan kempen 'Kelantanku Bersih' sebagai identiti baharu dan bersedia ke arah sebuah negeri bersih pada masa depan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata dalam usaha itu kerajaan negeri memperuntukkan RM12 juta tahun depan bagi melaksanakan pelbagai inisiatif pengukuhan kebersihan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kempen Kelantanku Bersih bukan hanya suatu slogan tetapi identiti baharu negeri ini dan mesej bahawa Kelantan bersedia melangkah ke hadapan sebagai negeri yang bersih.

“Melalui RM12 juta peruntukan ini, kerja-kerja kebersihan akan diteruskan bukan sahaja di ‘meja mesyuarat’ tetapi di lapangan, pasar, kawasan perumahan, taman-taman dan kampung,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih 2025 di Kota Darul Naim di sini pada Isnin.

Beliau memberitahu, peruntukan berkenaan akan merancakkan pelaksanaan program kebersihan termasuk penambahbaikan kemudahan awam, peningkatan pengurusan sisa pepejal serta usaha menjadikan persekitaran bandar, pekan dan kawasan rekreasi lebih teratur serta ceria.

Mengulas lanjut, beliau berkata komitmen kerajaan negeri terhadap agenda kebersihan meliputi empat aspek utama, iaitu integriti pentadbiran, persekitaran fizikal, amalan hidup rakyat, dan nilai spiritual berteraskan konsep Membangun Bersama Islam.

Dr Mohamed Fadzli berkata, kejayaan kempen pada tahun-tahun sebelum ini turut dapat dilihat melalui maklum balas yang diterima termasuk melalui media sosial.

“Sekarang lebih ramai yang berkongsi tentang keindahan Kelantan di media sosial berbanding dulu.

“Tahap kesedaran juga semakin meningkat melalui kempen yang dilaksanakan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian anugerah bagi sembilan kategori pertandingan, termasuk Program Komuniti Amalan Hijau Kelantan dan Anugerah Ikon Kebersihan Komuniti.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Hilmi Abdullah, berkata kerajaan negeri sudah menyalurkan sejumlah RM8.51 juta kepada semua PBT bagi melaksanakan pelbagai inisiatif kebersihan, keceriaan bandar serta pengurusan sisa pepejal pada tahun lalu.

“Peruntukan itu adalah komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kelestarian alam sekitar dan peningkatan mutu perkhidmatan PBT di seluruh Kelantan,” katanya.

Ringkasan AI

  • Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan kempen Kelantanku Bersih sebagai identiti baharu negeri dan langkah ke arah masa depan yang bersih
  • Kerajaan negeri mengalokasikan RM12 juta untuk pelaksanaan pelbagai inisiatif kebersihan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)
  • Kempen ini meliputi kerja-kerja kebersihan di lapangan, pasar, kawasan perumahan, taman-taman dan kampung
  • Peruntukan ini juga ditujukan untuk penambahbaikan kemudahan awam, pengurusan sisa pepejal, dan menjadikan bandar serta kawasan rekreasi lebih teratur
  • Komitmen kerajaan negeri terhadap agenda kebersihan merangkumi integriti pentadbiran, persekitaran fizikal, amalan hidup rakyat dan nilai spiritual berteraskan Membangun Bersama Islam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!