Lebih 25,000 mangsa banjir di tujuh negeri, Kelantan paling tinggi

Seorang penduduk meredah banjir dari kediamannya menuju pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Rawai, Marang. Foto Bernama
Seorang penduduk meredah banjir dari kediamannya menuju pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Rawai, Marang. Foto Bernama
A
A
A

 

SHAH ALAM - Mangsa banjir di tujuh negeri bertambah kepada 3,084 menjadikan jumlah terkini seramai 25,243 orang setakat jam 2.04 petang ini.

Berdasarkan maklumat di laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) lapan negeri yang sebelum ini di laporkan terjejas banjir kini menurun kepada tujuh negeri iaitu Selangor, Terengganu, Kedah, Perlis, Kelantan, Perak dan Pahang.

Sebanyak 197 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka membabitkan 8,881 keluarga dengan negeri Kelantan merekodkan mangsa tertinggi iaitu 10,414 melibatkan 3,980 keluarga ditempatkan di 63 PPS di sembilan daerah terjejas.

Daerah yang terjejas iaitu Tumpat, Kota Bahru, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Gua Musang dan Pasir Mas.

Seterusnya Perak mencatatkan 4, 617 mangsa dengan 1,498 keluarga terjejas di lapan daerah iaitu Bagan Datuk, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Larut, Matang dan Selama, Muallim, Kuala Kangsar serta Batang Padang yang kini ditempatkan di 45 PSS.

Kedah pula merekodkan 3,534 mangsa membabitkan 1,304 keluarga di tiga daerah di Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena dengan 20 PPS dibuka setakat ini.

Dalam pada itu, di Terengganu sebanyak 32 PPS dibuka membabitkan 2,298 mangsa dengan 741 keluarga ditempatkan selepas enam daerah terjejas di Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Besut, Dungun, Hulu Terengganu.

Sementara itu di Selangor seramai 2,299 mangsa direkodkan membabitkan 585 mangsa ditempatakan di 21 PSS susulan tujuh daerah terjejas banjir di Kuala Selangor, Klang, Sabak Bernam, Shah Alam, Hulu Langat, Sepang dan Hulu Selangor.

Artikel Berkaitan:

Perlis mencatatkan 2,062 mangsa membabitkan 765 keluarga di tiga daerah iaitu Kangar, Padang Besar dan Arau yang terjajas dan telah ditempatkan di 15 PSS.

Selain itu seramai 19 mangsa direkodkan di Pahang yang hanya melibatkan satu daerah yang terjejas iaitu Lipis membabitkan lapan keluarga.

 

 

Ringkasan AI

  • Mangsa banjir di tujuh negeri bertambah kepada 3,084 menjadikan jumlah terkini seramai 25,243 orang
  • 197 pusat pemindahan sementara di buka untuk 8,881 keluarga di tujuh negeri terjejas
  • Kelantan merekodkan mangsa tertinggi dengan 10,414 orang ditempatkan di 63 pusat pemindahan
  • Perak mencatatkan 4,617 mangsa banjir dengan 1,498 keluarga di 45 pusat pemindahan
  • Perlis mencatatkan 2,062 mangsa banjir membabitkan 765 keluarga di 15 pusat pemindahan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!