20 pekerja, lima pelancong maut kelab malam terbakar

Kelab malam Birch By Romeo Lane musnah terbakar dan meragut 25 nyawa. Foto: Agensi
Kelab malam Birch By Romeo Lane musnah terbakar dan meragut 25 nyawa. Foto: Agensi
A
A
A

GOA – Seramai 20 pekerja dan lima pelancong maut selepas kelab malam Birch By Romeo Lane di sini musnah terbakar awal pagi pada Ahad.

Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku begitu pantas apabila api menyambar keseluruhan bangunan dalam beberapa saat, menyebabkan mangsa tidak sempat melarikan diri.

Kelab malam tersebut terletak berhampiran kawasan Sungai Arpora dan mempunyai laluan masuk serta keluar yang sempit.

Ia dipromosikan sebagai ‘kelab pulau’ dan dihubungkan ke jalan utama melalui lorong-lorong kecil.

Laluan sempit itu turut menyukarkan operasi bomba apabila jentera tidak dapat masuk dan terpaksa diparkir kira-kira 400 meter dari bangunan terbabit.

Seorang pegawai kanan bomba memberitahu, akses terhad melambatkan usaha memadamkan api.

Katanya, sebahagian besar mangsa maut akibat sesak nafas selepas terperangkap dalam asap tebal.

Ketua Menteri Goa, Pramod Sawant berkata, insiden seumpamanya pertama kali berlaku di negeri itu.

“Siasatan awal mendapati api bermula di tingkat atas. Disebabkan pintu yang sangat sempit, hanya sebahagian berjaya keluar.

Artikel Berkaitan:

“Apabila api marak, ramai tidak sempat menyelamatkan diri. Ada yang menuju ke tingkat bawah tanah dan meninggal dunia akibat sesak nafas kerana tiada pengudaraan,” katanya.

Maklumat awal mendapati premis itu tidak mematuhi piawaian keselamatan kebakaran. - Agensi

Ringkasan AI

  • Seramai 20 pekerja dan lima pelancong maut selepas kelab malam, Birch By Romeo Lane musnah terbakar
  • Kejadian berlaku begitu pantas, menyebabkan mangsa tidak sempat melarikan diri
  • Kelab malam tersebut memiliki laluan masuk serta keluar yang sempit, terletak berhampiran Sungai Arpora
  • Laluan sempit menyukarkan operasi bomba dengan jentera terpaksa diparkir 400 meter dari bangunan
  • Sebahagian besar mangsa maut akibat sesak nafas selepas terperangkap dalam asap tebal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!