Budak empat tahun lemas di kolam inap desa

Muhammad Noor Rizqy Danial lemas dalam kolam sedalam 1.5 meter dan panjang sembilan meter.
Muhammad Noor Rizqy Danial lemas dalam kolam sedalam 1.5 meter dan panjang sembilan meter.
A
A
A

PORT DICKSON - Kanak-kanak lelaki empat tahun disahkan meninggal dunia dipercayai lemas di kolam mandi sebuah inap desa di Batu 4 Jalan Pantai di sini pada malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 10.40 malam.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa, Muhammad Noor Rizqy Danial Musaffaran lemas dalam kolam sedalam 1.5 meter dan panjang sembilan meter.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Tuanku Jaafar Seremban jam 6 petang semalam," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Bagaimanapun ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia jam 8.40 malam pada Sabtu oleh doktor bertugas.

"Bedah siasat akan dilakukan hari ini di Hospital Rembau untuk membantu siasatan," katanya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kanak-kanak lelaki empat tahun meninggal dipercayai lemas di kolam mandi inap desa Batu 4 Jalan Pantai Port Dickson
  • Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin menerima laporan kejadian jam 10.40 malam
  • Mangsa lemas dalam kolam sedalam 1.5 meter dan panjang sembilan meter
  • Mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson dan kemudian PICU Hospital Tuanku Jaafar Seremban
  • Mangsa disahkan meninggal jam 8.40 malam Sabtu, bedah siasat dilakukan di Hospital Rembau

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!