Suami kejar kereta dinaiki isteri hingga cetus kemalangan

Polis meminta saksi kejadian itu tampil membantu siasatan. Gambar hiasan
Polis meminta saksi kejadian itu tampil membantu siasatan. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki bertindak nekad melanggar kenderaan dinaiki isterinya dan abang ipar dalam kejadian di Jalan Kampung Pasir, Pantai Dalam di sini pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan jalan raya antara dua kenderaan kira-kira jam 11.30 pagi sebelum laporan rasmi dibuat pada jam 1.05 tengah hari.

Beliau berkata, insiden membabitkan sebuah Mercedes dan Proton X50 itu berlaku ketika pengadu yang memandu Mercedes membawa adik perempuannya bagi menenangkan keadaan.

“Adik iparnya yang memandu Proton X50 meminta pengadu berhenti sebelum bertindak melanggar bahagian belakang kenderaan tersebut, menyebabkan kerosakan.

" Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Zamzuri berkata, siasatan dijalankan dari sudut kemalangan jalan raya mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Beliau meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang guru terpaksa memberi alasan mahu membuang sampah untuk melarikan diri daripada terus dipukul suaminya dalam kejadian di Salak Selatan, Jumaat lalu.

Mangsa kemudiannya melarikan diri dengan bantuan abangnya yang menunggu di luar rumah sebelum menaiki sebuah Mercedes.

Artikel Berkaitan:

Suami mangsa mengekori kenderaan itu sebelum bertindak mengejar mereka sehingga ke Jalan Kampung Pasir Pantai Dalam.

Suspek kemudian melanggar bahagian belakang kereta abang mangsa sebanyak dua kali sehingga hampir menyebabkan kenderaan dinaiki mereka terbabas.

 

 

Ringkasan AI

  • Lelaki nekad melanggar kenderaan dinaiki isteri dan abang ipar di Jalan Kampung Pasir, Pantai Dalam
  • Insiden melibatkan Mercedes dan Proton X50, tiada kecederaan dilaporkan
  • Pengadu membawa adik perempuannya untuk menenangkan keadaan sebelum diserang
  • Siasatan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959
  • Polis meminta saksi tampil membantu siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!