10 'bumbung dunia' tertinggi

Dataran Tinggi Tibet (Qinghai-Tibet)
Dataran Tinggi Tibet (Qinghai-Tibet)
A
A
A

Dataran tinggi merupakan bentuk muka bumi menonjol yang unik menyerupai anak tangga gergasi ke langit. Ia kaya dengan sumber mineral seperti emas dan berlian. Ia juga berfungsi sebagai 'penghalang semula jadi' untuk menyekat udara sejuk dan kering di samping menyediakan tanah yang subur untuk pertanian. Berikut ialah 10 dataran tinggi yang menggapai langit.

----------

1. Dataran Tinggi Tibet (Qinghai-Tibet)

Dikenali sebagai Dataran Tinggi Qinghai-Tibet dan turut diberi julukan sebagai 'bumbung dunia' dengan ketinggian purata lebih 4,500 meter dan meliputi bahagian China, India, Nepal, Bhutan dan Pakistan. Ia turut menempatkan Gunung Everest dan sumber sungai utama di Asia seperti Sungai Kuning dan Yangtze.

2. Dataran Tinggi Altiplano

Dataran Tinggi Altiplano
Dataran Tinggi Altiplano

Ia terletak antara Pergunungan Andes dan meliputi sebahagian Peru, Bolivia, Chile dan Argentina. Ketinggiannya secara purata mencapai 3,500 meter. Ia merupakan kawasan aktiviti vulkanik dengan landskap dramatik seperti lembangan garam dan mempunyai tasik tertinggi di dunia, Titicaca.

3. Dataran Tinggi Ethiopia

Artikel Berkaitan:

Dataran Tinggi Ethiopia
Dataran Tinggi Ethiopia

Digelar sebagai 'bumbung Afrika' dan meliputi sebahagian besar Ethiopia dan menjadi titik tertinggi di benua tersebut, Ras Dashen. Ia mempunyai ketinggian purata lebih 2,500 meter dan menjadi habitat hidupan liar yang unik serta memiliki nilai sejarah.

4. Wilayah Puna

Wilayah Puna
Wilayah Puna

Ia merupakan satu keajaiban altitud tinggi di Amerika Selatan yang terletak di barat laut Andes di Argentina. Ketinggiannya secara purata mencecah lebih 3,500 meter dan mempunyai landasan kereta api tertinggi di dunia serta dataran garam yang luas seperti Salar de Uyuni.

5. Pamir Knot

Pamir Knot
Pamir Knot

Sebuah dataran tinggi pergunungan di mana tiga banjaran iaitu Tian Shan, Karakorum dan Hindu Kush bertemu. Ia juga diberi julukan 'bumbung dunia' dengan ketinggian secara purata lebih 4,000 meter dan mempunyai rupa bumi yang mencabar, glasier serta puncak dilitupi salji.

6. Altiplano Bolivia

Altiplano Bolivia
Altiplano Bolivia

Ia merupakan sub wilayah kepada dataran tinggi Altiplano yang lebih besar seperti disebutkan sebelum ini. Lokasinya terletak di Bolivia dengan ketinggian secara purata lebih 3,600 meter dan sangat kaya flora serta fauna dan memiliki ibu kota tertinggi di dunia, La Paz.

7. Dataran Tinggi Anatolia

Dataran Tinggi Anatolia
Dataran Tinggi Anatolia

Sebuah kawasan yang luas di Asia Barat dengan ketinggian secara purata lebih 1,000 meter. Ia menjadi tempat kelahiran tamadun kuno seperti kaum Het (Zaman Gangsa) dan mempunyai nilai sejarah purba penting.

8. Dataran Tinggi Tibet (Chang Tang)

Dataran Tinggi Tibet (Chang Tang)
Dataran Tinggi Tibet (Chang Tang)

Sub wilayah ini merupakan bahagian tertinggi dan paling kering di Dataran Tinggi Tibet dengan ketinggian purata melebihi 5,000 meter. Ia terkenal dengan iklim gurun sejuk dan hidupan unik seperti yak liar serta antelop Tibet.

9. Dataran Tinggi Mexico

Dataran Tinggi Mexico
Dataran Tinggi Mexico

Ia juga dikenali sebagai Mesa del Norte meliputi sebahagian besar utara Mexico dan mempunyai ketinggian secara purata lebih 1,800 meter. Dataran tinggi ini terkenal dengan ngarai dramatik seperti Copper Canyon. Landskapnya dipenuhi kaktus dan tumbuhan gurun lain.

10. Dataran Tinggi Colorado

Dataran Tinggi Colorado
Dataran Tinggi Colorado

Kawasan altitud tinggi yang luas ini meliputi Arizona, Utah, Colorado, New Mexico dan Wyoming. Dataran tinggi ikonik ini mempunyai ketinggian secara purata lebih 1,800 meter dan terkenal dengan keajaiban semula jadi serta formasi geologi menakjubkan.

*SUMBER: https://www.cheggindia.com/

Ringkasan AI

  • Dataran tinggi adalah bentuk muka bumi menyerupai anak tangga gergasi
  • Ia kaya dengan sumber mineral seperti emas dan berlian
  • Berfungsi sebagai penghalang semula jadi untuk menyekat udara sejuk
  • Menyediakan tanah yang subur untuk pertanian
  • Menggapai langit dengan keunikan dan kepelbagaian geografi serta biodiversiti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!