Gempa bumi Jepun: Lebih 10 gempa susulan dalam tempoh 14 jam

Gempa bumi berukuran 7.5 magnitud itu melanda wilayah Aomori bahagian utara, sekali gus mencetuskan amaran tsunami di sepanjang pantai timur laut Pulau Honshu dan pantai timur Pulau Hokkaido. Foto Agensi
Gempa bumi berukuran 7.5 magnitud itu melanda wilayah Aomori bahagian utara, sekali gus mencetuskan amaran tsunami di sepanjang pantai timur laut Pulau Honshu dan pantai timur Pulau Hokkaido. Foto Agensi
A
A
A

TOKYO - Lebih 10 gempa susulan direkodkan di Jepun dalam tempoh 14 jam susulan gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud yang melanda utara negara itu, menurut data Agensi Meteorologi Jepun pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Sebanyak 14 gegaran direkodkan, dengan magnitud antara 3.6 hingga 6.4 dan kedalaman antara 10 hingga 50 kilometer (km).

Gempa bumi berukuran 7.5 magnitud itu melanda wilayah Aomori bahagian utara, sekali gus mencetuskan amaran tsunami di sepanjang pantai timur laut Pulau Honshu dan pantai timur Pulau Hokkaido.

Ketinggian maksimum tsunami mencecah 70 sentimeter. Amaran itu ditarik balik kira-kira enam jam selepas gempa berlaku.

Pusat gempa terletak 54km di bawah dasar laut di luar pantai timur Aomori, dengan gegaran mencatatkan tahap lebih enam pada skala intensiti tujuh mata Jepun. Seramai 30 orang cedera.

Sejak seminggu lalu, kerajaan Jepun dan pihak berkuasa meteorologi telah memberi amaran mengenai risiko lebih tinggi berlakunya gempa bumi besar di kawasan utara Hokkaido dan rantau Sanriku di timur laut Jepun. - Bernama-Sputnik

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lebih 10 gempa susulan direkodkan di Jepun dalam 14 jam selepas gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud
  • Sebanyak 14 gegaran dengan magnitud antara 3.6 hingga 6.4 direkodkan
  • Gempa bumi 7.5 magnitud melanda wilayah Aomori mencetuskan amaran tsunami di pantai timur laut Pulau Honshu dan timur Pulau Hokkaido
  • Ketinggian maksimum tsunami mencecah 70 sentimeter, amaran tsunami ditarik balik enam jam selepas gempa
  • Pusat gempa terletak 54km di bawah dasar laut di luar pantai timur Aomori, 30 orang cedera

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!