Netflix beli Warner Bros Discovery RM296 bilion

LOS ANGELES - Netflix pada Jumaat bersetuju membeli bahagian televisyen, studio filem dan bahagian streaming Warner Bros Discovery dengan nilai AS$ 72 bilion (RM296 bilion) yang bakal meletakkan kawalan terhadap salah satu aset paling berharga dan tertua di Hollywood di tangan perintis streaming popular itu.
"Ramai pastinya terkejut dengan keputusan pengambilalihan ini. Ia merupakan peluang yang jarang berlaku yang akan membantu kami mencapai misi untuk menghiburkan dunia dan menyatukan penonton melalui cerita-cerita yang hebat," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Netflix, Ted Sarandos.
Perjanjian itu dicapai selepas perang bidaan selama beberapa minggu dengan Netflix menawarkan hampir AS$28 (RM115) sesaham mengatasi pesaing utama, Paramount Skydance yang merancang mengambil alih seluruh Warner Bros Discovery.
Di bawah perjanjian itu, Netflix bakal memperoleh akses kepada koleksi besar milik Warner Bros yang dibina sejak seabad lalu termasuk francais terkenal seperti Game of Thrones, Harry Potter dan senarai adiwira DC Comics seperti Batman serta Superman. - Agensi
Ringkasan AI
- Netflix bersetuju membeli bahagian televisyen, studio filem dan bahagian streaming Warner Bros Discovery dengan nilai AS$72 bilion
- Ini akan meletakkan kawalan salah satu aset Hollywood yang berharga dan tua di tangan Netflix
- Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Netflix, Ted Sarandos menyatakan ini sebagai peluang langka untuk mencapai misi menghiburkan dunia
- Netflix mengatasi Paramount Skydance dalam perang bidaan dengan tawaran hampir AS$28 sesaham
- Netflix akan mendapat akses kepada koleksi Warner Bros seperti Game of Thrones, Harry Potter dan adiwira DC Comics
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

