Program Affiliate, Kandungan Shopee bantu penjual tempatan tingkat capaian jenama

WAN SAID
WAN SAID
A
A
A

SHAH ALAM– Sempena ulang tahun ke-10, Shopee terus komited membangunkan ekosistem kandungan interaktif bagi memenuhi keperluan pengguna, sekali gus membantu penjual tempatan meluaskan capaian jenama melalui Shopee Live dan Shopee Video.

Menurut Shopee, lebih ramai pembeli kini bergantung pada kandungan seperti video pendek dan demonstrasi langsung untuk membuat keputusan, menjadikan platform kandungan itu sebagai alat penting kepada penjual.

Perjalanan dua jenama tempatan, Blanco Fragrance dan PerySmith, menjadi contoh bagaimana kandungan kreatif mampu meningkatkan keyakinan pengguna serta mengatasi cabaran kategori masing-masing.

Blanco Fragrance yakin melalui kandungan pencipta

Pengasas Blanco Fragrance, Wan Said, berkata jenamanya mula beralih ke platform digital pada 2021 bagi mencapai pelanggan di luar Lembah Klang, terutama kerana cabaran utama penjualan haruman ialah pengguna tidak boleh mencium bau melalui skrin.

Katanya, kerjasama melalui Program Affiliate Shopee membantu meningkatkan kredibiliti produk apabila pencipta kandungan seperti Iman Kamil menghasilkan ulasan bergaya penggunaan sebenar yang mempengaruhi pembelian.

“Program Affiliate Shopee memperkukuhkan keterlihatan dan kepercayaan terhadap jenama kami sehingga membantu kami mencapai pertumbuhan jualan 10 kali ganda dalam tempoh 12 bulan,” katanya.

Shopee Live turut memberi peluang kepada Blanco Fragrance berinteraksi secara langsung dengan pengguna bagi menjawab soalan dan memahami keutamaan mereka. Kini jenama itu menawarkan lebih 130 jenis haruman.

PerySmith tonjol prestasi produk melalui ulasan pencipta

Artikel Berkaitan:

ROY SAM
ROY SAM

Bagi jenama peralatan rumah PerySmith, cabaran utama mereka ialah menonjolkan prestasi produk secara meyakinkan agar pengguna mempertimbangkannya berbanding jenama lama yang lebih dikenali.

Ketua Jualannya, Roy Sam, berkata Shopee menyediakan ekosistem ulasan dan trafik tinggi yang membantu jenama itu berhubung dengan pelanggan serta menambah baik produk berdasarkan maklum balas.

Melalui Program Afiliasi Shopee, PerySmith bekerjasama dengan pencipta kandungan yang pakar dalam demonstrasi, perbandingan dan ulasan penjagaan rumah. Kandungan seperti unboxing dan video “pilihan bajet terbaik” memudahkan pengguna memahami nilai sebenar produk.

“Lebih ramai pelanggan menemui PerySmith melalui pencipta yang mereka ikuti. Syor autentik ini meningkatkan interaksi pengguna dan kadar penukaran jualan,” katanya.

Jualan PerySmith melalui Shopee Video meningkat lebih 150 peratus tahun ke tahun, dipacu oleh kadar klik lebih tinggi dan peningkatan pembelian berulang.

Shopee terus perkasa perdagangan berasaskan kandungan

Shopee berkata, memasuki dekad kedua penubuhannya, platform itu terus memperkasa penjual melalui kandungan autentik seperti ulasan pencipta dan demonstrasi langsung. Sempena Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi yang berlangsung hingga 14 Disember, pengguna boleh meneroka lebih banyak kandungan interaktif di https://shopee.com.my/m/12-12

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!