Empat negara Eropah boikot Eurovision 2026

MADRID - Stesen penyiaran Ireland, Sepanyol, Belanda dan Slovenia mengumumkan langkah boikot terhadap Pertandingan Nyanyian Eurovision 2026.
Keputusan tegas itu dibuat pada Khamis setelah Kesatuan Penyiaran Eropah membenarkan Israel menyertai acara tersebut meskipun dibantah banyak pihak sebagai simbol solidariti terhadap perang ganas di Gaza.
"Ia tidak mencerminkan nilai etika yang sepatutnya ditegakkan pertandingan itu," jelas kenyataan bersama stesen penyiaran tersebut ketika mengesahkan penarikan diri mereka.
Difahamkan, badan antarabangsa lain seperti Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) juga membuat desakan serupa agar mengecualikan Israel daripada sebarang pertandingan berhubung genosid di Gaza. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

