Warga emas tersalah pijak pedal rempuh stesen minyak

Keadaan pintu kaca stesen minyak selepas dirempuh sebuah kereta dipandu warga emas di Permas, Pontian pada Isnin. - Foto tular
Keadaan pintu kaca stesen minyak selepas dirempuh sebuah kereta dipandu warga emas di Permas, Pontian pada Isnin. - Foto tular
A
A
A

PONTIAN - Seorang warga emas cedera ringan selepas kereta dipandunya terbabas lalu merempuh pintu kaca stesen minyak di Pekan Permas di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, kemalangan kira-kira jam 10.30 pagi itu membabitkan sebuah kereta jenis Kia dipandu lelaki tempatan berusia 86 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu berkenaan dalam perjalanan dari rumahnya menuju ke stesen minyak di Pekan Permas

“Apabila tiba di lokasi, dia dipercayai hendak menekan pedal 'brek' tetapi tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaannya menggelongsor ke hadapan lalu merempuh pintu kaca dan memasuki ruang kedai stesen minyak berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, pemandu tersebut mengalami kecederaan ringan di kaki kanan dan telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Pontian.

“Kes disiasat di bawah Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan Raya 1957 dan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Warga emas cedera ringan selepas kereta terbabas masuk ke stesen minyak Pekan Permas Pontian
  • Kemalangan berlaku sekitar jam 10.30 pagi melibatkan pemandu berusia 86 tahun
  • Kereta jenis Kia terbabas apabila pemandu tersilap tekan pedal minyak
  • Pemandu mengalami kecederaan ringan pada kaki kanan
  • Kes disiasat mengikut Kaedah Lalu Lintas Jalan Raya dan Seksyen Akta Pengangkutan Jalan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!