Van Dijk dilabel pengecut, jadi punca Liverpool kian parah

KAPTEN Liverpool, Virgil van Dijk menjadi sasaran kritikan pedas apabila dilabel sebagai pengecut susulan prestasi hambar yang dipamerkan ketika The Reds terus bergelut dengan kemerosotan prestasi.
Meskipun sebelum ini pemain antarabangsa Belanda itu lantang menuntut rakan sepasukannya memperbaiki permainan selepas kekalahan memalukan kepada Nottingham Forest, kini gilirannya pula didakwa menjadi punca utama kemerosotan skuad kendalian Arne Slot.
Bekas pemain tengah Chelsea, Craig Burley menyifatkan Van Dijk sama teruk dengan pemain lain malah menuduh bek tengah itu sering menyalahkan rakan sepasukan bagi menutup kelemahan sendiri.
Burley yang kini bergelar 'pundit' bola sepak menyuarakan rasa muak apabila kesalahan sering diletakkan di bahu pemain baharu seperti Milos Kerkez atau bintang sensasi, Mohamed Salah sedangkan Van Dijk terlepas daripada kritikan berat.
“Saya sudah muak mendengar orang berkata Mo Salah tak main bagus, Florian Wirtz tak jumpa rentak, Alexander Isak, Ekitike atau dinamik tengah berubah.
“Dia (Van Dijk) adalah penanda aras kepada apa yang tidak kena tahun ini. Dia sepatutnya menjadi pemimpin.
“Apa yang dia buat sepanjang musim hanyalah menyalahkan Kerkez dan mengangkat tangan ke udara tanda protes. Dia melakukan kesilapan sama banyak dengan pemain lain. Setiap perlawanan anda boleh lihat dan bertanya... apa yang dia sedang buat?” kata Burley kepada ESPN.
Kritikan itu memuncak susulan aksi menentang Sunderland pada Khamis apabila kesilapan Van Dijk kehilangan bola membawa kepada jaringan pihak lawan. Lebih parah, rembatan Chemsdine Talbi terbias pada kapten Liverpool itu sebelum menerjah jaring.
Mengulas insiden itu, Burley menyifatkan tindakan Van Dijk sebagai tidak boleh diterima.
“Dia melakukan semuanya salah. Hantaran silap, tidak menutup ruang dan membelakangkan diri (ketika rembatan) seperti seorang pengecut,” ujar Burley.
Ringkasan AI
- KAPTEN Liverpool, Virgil van Dijk menjadi sasaran kritikan pedas dikaitkan dengan prestasi hambar skuad Pemain antarabangsa Belanda itu sebelumnya menuntut peningkatan prestasi rakan sepasukan namun kini dituduh sebagai punca utama kemerosotan Bekas pemain Chelsea, Craig Burley menyifatkan van Dijk teruk seperti pemain lain dan sering menyalahkan rakan sepasukan Burley menyatakan kekesalannya kerana Van Dijk sering terlepas daripada kritikan walaupun pemain lain seperti Milos Kerkez atau Mohamed Salah menjadi sasaran Kritikan terhadap Van Dijk memuncak susulan kesilapan yang membawa kepada jaringan pihak lawan dalam aksi menentang Sunderland
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
