Dua kakitangan JPS terperangkap di tengah lombong

KUALA LANGAT – Dua kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berdepan detik cemas selepas terperangkap di tengah sebuah lombong di Kampung Bukit Changgang di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa difahamkan sedang menjalankan kerja menambah baik ban sungai sebelum paras air tiba-tiba meningkat secara mendadak, menyebabkan mereka tidak sempat bergerak ke kawasan selamat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.34 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dengan kekuatan sembilan anggota bersama tiga aset iaitu sebuah jentera bomba, sebuah pacuan empat roda dan bot digerakkan ke lokasi.
"Setibanya di lokasi pada jam 5.55 pagi, pasukan operasi mendapati mangsa terbabit terperangkap di tengah lombong ekoran arus air yang meningkat mendadak.
"Kerja-kerja menyelamat terus digerakkan menggunakan bot penyelamat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, operasi dalam keadaan terkawal pada jam 6.40 pagi dan usaha membawa kedua-dua mangsa ke kawasan selamat sedang dijalankan.
Ringkasan AI
- Dua kakitangan JPS terperangkap di tengah lombong di Kampung Bukit Changgang semasa menjalankan kerja menambah baik ban sungai
- Paras air meningkat secara mendadak menyebabkan mereka tidak sempat berpindah ke kawasan selamat
- Panggilan kecemasan diterima oleh JBPM pada jam 5.34 pagi
- Pasukan penyelamat dari BBP Banting dihantar ke lokasi dengan sembilan anggota dan tiga aset termasuk bot penyelamat
- Operasi penyelamat dalam keadaan terkawal pada jam 6.40 pagi dan usaha membawa mangsa ke selamat sedang dijalankan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

