LKIM sedia khidmat hantar ikan ke rumah

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan ikan segar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu menyediakan perkhidmatan Jualan Ikan Segar Beku (Q’Fish) dan makanan laut dengan menghantarnya ke rumah pelanggan secara percuma.

Timbalan Pengarah LKIM Terengganu, Khuzaimah Husain berkata, buat permulaan, perkhidmatan itu disediakan untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Jerteh dan Kota Putera di daerah Besut sahaja.

"Ia digerakkan oleh Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Besut sepanjang tempoh PKP. Orang ramai boleh menghubungi talian 013-9334696 untuk tempahan dan penghantaran akan dimulakan pada jam 10 pagi keesokannya," katanya di sini.

Sehingga kini, terdapat 20 tan stok Q’Fish dan makanan laut lain seperti lala, siput pahat, isi kerang dan udang di Besut. - Bernama

Artikel Berkaitan: